Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Lelaki mengamuk mat rempit buat bising petang raya

KEMAMAN – Gara-gara berang mat rempit membuat bising pada petang hari raya pertama, seorang lelaki telah berang lalu turun ke jalan raya menghalau golongan tersebut di Geliga di sini pada kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, lelaki yang merupakan penduduk tempatan itu turut dilihat memegang dua batang kayu.

Tindakan dia menyebabkan sebahagian mat rempit yang rata-ratanya masih memakai baju Melayu berkenaan segera memecut motosikal mereka untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu -Kuantan berhampiran Geliga.

“Kertas siasatan telah dibuka berikutan penularan klip video tersebut yang berdurasi 26 saat di media sosial sejak petang semalam.

“Kita juga sedang mengesan semua pihak terlibat dalam kejadian tersebut bagi siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Hanyan menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki mengamuk mat rempit buat bising petang raya appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!