Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Kelicikan pelaburan Zuttelo tipu RM3 bilion

KUALA LUMPUR – Polis Bukit Aman mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan ke atas satu sindiket pelaburan skim cepat kaya bergelar Zuttelo yang didapati mengambil wang deposit daripada orang ramai berjumlah RM3 bilion sejak dua tahun lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya me­nerima 220 laporan daripada seluruh negara yang mendakwa telah kerugian lebih RM84 juta.

Katanya, siasatan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial bagi memburu dalang terlibat.

“Sindiket mula aktif sejak 2020 hingga laman web syarikat itu ditutup pada Ogos lalu. Skim pelaburan itu menjanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan menerusi sembilan pakej.

“Setiap pakej memerlukan pelabur membuat bayaran antara AS$630 (RM2,700) hingga AS$12,700 (RM55,800) dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto.

“Pelabur perlu mendaftar melalui aplikasi khas yang diberikan sindiket,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan me­laksanakan semakan lebih ter­perinci sebelum mengikuti sebarang pelaburan.

Terdahulu, penipuan skim tersebut didedahkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) apabila mendakwa sebanyak 10,000 pelabur telah menjadi mangsa melibatkan kerugian RM3 bilion.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim dipetik sebagai berkata, mangsa melabur RM50,000 hingga RM4 juta seorang menggunakan wang simpanan, pencen, insu­rans, pinjaman bank dan pembiayaan semula rumah.

“Mereka mengaku menyesal membuat pelaburan dan ada antara mereka yang sanggup meminjam ah long untuk meneruskan kehidupan selepas terpedaya dengan sindiket tersebut,” katanya.

Ujar Hishamuddin, mangsa mula terpedaya apabila gelap mata kerana dijanjikan dividen yang tinggi mencecah 17 peratus sebulan.

“Mangsa terpedaya kerana tertarik dengan tawaran pula­ngan yang tinggi tambahan pula kebanyakan mereka berada pada tahap susah dan tidak bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Menurut Hishamuddin, modus operandi sindiket ialah me­ngarahkan mangsa memasukkan wang insurans sebagai modal ke dalam akaun yang diberikan me­lalui satu platform sama ada secara tunai atau mata wang kripto.

“Insurans itu kononnya bagi memastikan pelaburan selamat dan tidak hilang. Jika pelaburan ada untung, sebahagiannya perlu dibayar kepada syarikat,” katanya.

Tambahnya, pada Julai dan Ogos lalu, pelabur telah diarahkan untuk membuat penambahan modal jika tidak mahu akaun mereka ditutup dan duit hangus.

“Selepas membuat penambahan modal, laman web itu telah ditutup sepenuhnya dan akaun tidak lagi boleh diakses. Pelbagai alasan diberikan oleh sindiket dan pelabur tidak lagi menerima apa-apa bayaran sehingga hari ini,” katanya.

The post Kelicikan pelaburan Zuttelo tipu RM3 bilion appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!