Bawang merah ganti ros sebagai hadiah orang tersayang
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha menggesa orang ramai memberikan bawang merah dan bukannya bunga ros kepada orang tersayang semasa Hari Kekasih pada tahun ini, lapor portal berita Thaiger.
Beliau mengetengahkan bawang merah sebagai simbol cinta pada 14 Februari ini untuk menyokong petani di wilayah Srisaket, timur laut Thailand.
Bawang merah yang ditanam oleh petani Srisaket dipasarkan dalam pakej khas sedia untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang masing-masing.
Bungkusan itu disertakan bersama slogan Thai: ” Berikan bawang merah Srisaket kepada mereka yang anda sayang.”
Bawang merah adalah ramuan utama dalam masakan Thai dan hampir sentiasa digunakan sebagai ramuan dalam pes cili, kari dan kadang kala sos ikan.
Dalam bahasa Thai, bawang merah dikenali sebagai ‘hom daeng’. Daeng bermaksud ‘bau enak’, justeru ia biasa digunakan untuk menambah aroma dan rasa pada pelbagai hidangan.- Agensi
The post Bawang merah ganti ros sebagai hadiah orang tersayang appeared first on Kosmo Digital.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan