Rempah Cap Bunga Rose Jadi Pilihan Profesor Chef Zam Dalam Bengkel Tradisi!

Imej
https://ift.tt/ncbuGBw Bukan semua jenama diberi kepercayaan untuk menjadi penaja utama dalam acara kulinari bersama chef tersohor negara. Tapi Rempah Cap Bunga Rose membuktikan bahawa produk tempatan juga mampu berdiri sama tinggi, malah jadi pilihan utama pakar kulinari terkenal, Prof. Dato’ Zamzani Abdul Wahab DPMT  atau lebih dikenali sebagai Chef Zam . Inilah yang berlaku dalam Bengkel Masakan Tradisi Terengganu yang berlangsung pada 14 dan 15 Jun lalu, hasil kerjasama antara Rich Talents International College, Chef Zam, dan Rempah Cap Bunga Rose. Acara ini bukan sekadar bengkel masakan, ia merupakan perayaan warisan, rasa dan kualiti sebenar rempah Melayu. Rempah Cap Bunga Rose bawa rasa asli Terengganu Melalui bengkel ini, pemilik kedai makan , suri rumah dan pelajar kulinari kolej berpeluang menggunakan Rempah Cap Bunga Rose untuk menghasilkan masakan tradisional seperti Nasi Dagang, Kerutuk Ayam dan Gulai Ikan Tongkol. Selain itu, peserta bengkel juga akan diajar...

Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup!

https://ift.tt/K5txYs7

cara buat popia sira

Keluarga anda pasti seronok jika ada kudapan yang lazat di rumah. Oleh itu, kami nak kongsikan cara buat Popia Sira Sambal yang sedap.

Popia Sira Sambal merupakan salah satu kudapan yang menggunakan kulit popia serta disira dengan sambal pedas dan manis.

Nurul’Izzati AbuHashim telah kongsikan cara buat Popia Sira Sambal di Facebook yang buat ramai tertarik kerana tak lemau dan sentiasa rangup. Jom kita cuba!

Baca juga: Popia Daging Paling Mudah, Inti Lebih Sedap Dengan Daging Cincang!

CARA BUAT POPIA SIRA SAMBAL

cara buat popia sira

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 2 biji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar madu
  • Garam secukup rasa
  • Daun kari
  • Bijan (sangai dulu)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gulung kulit popia, gunting dalam bentuk kecil dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan, kemudian ketepikan dahulu.

cara buat popia sira

2. Selepas itu, tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kisar dan sos cili, kemudian kacau sebati.

3. Setelah cili masak, guna api kecil. Masukkan gula, madu dan garam, kemudian kacau sampai likat.

4. Tutup api dan tunggu sejuk sedikit (suam).

5. Masukkan popia sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan daun kari dan bijan. Siap untuk dinikmati!

Tips supaya popia tak jadi lemau atau lembut selepas disira sambal:

  • Setelah goreng popia, toskan dan biar betul-betul sejuk dahulu. Tapi jangan sejukkan bawah kipas, biarkan saja. Lebih bagus jika diletakkan di atas dulang.
  • Setelah buat sambal, kena sejukkan dahulu. Jika sudah suam-suam pun kira okay. Selepas itu bolehlah gaul dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sukatan bahan dalam cara buat Popia Sira Sambal ini boleh disesuaikan mengikut kuantiti popia yang digunakan. Selain itu, rasa manis dan pedas boleh diselaraskan mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul’Izzati AbuHashim

Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!

The post Cara Buat Popia Sira Sambal, Ada Tips Supaya Tak Lemau Dan Kekal Rangup! appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!

Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan