https://ift.tt/4g6pmO2 Resepi tauhu goreng rangup pedas ini memang sedap dimakan panas panas. Rangup di luar dan lembut di dalam, ditambah pula dengan sos pedas manis yang beraroma. Memang membuka selera! Kalau suka gaya masakan Chinese style, boleh cuba resipi yang ringkas dan mudah disediakan ini. Bahan-bahan pun tidak banyak tetapi cukup untuk hasilkan rasa yang seakan makan di restoran. Baca juga: Kak Yatie Ajar Cara Buat Tauhu Cireng Crispy, Dijamin Makan Licin Sekelip Mata! RESEPI TAUHU GORENG RANGUP PEDAS Bahan A (untuk ditumis): Bawang putih (dicincang) Cili flakes Cili padi (dihiris) Serbuk jintan manis Bahan B (untuk sos): Sos tiram Kicap cair Kicap pekat Cuka Gula Bahan C (hiasan dan penambah aroma): Daun bawang (dihiris) Daun ketumbar (dihiris) Cara penyediaan: Potong dan goreng tauhu hingga rangup. Ketepikan terlebih dahulu. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Masukkan bahan A ke dalam minyak panas dan tumis seketika sehingga baw...
Wanita Kongsi Resipi Ayam Kicap Rempah Kurma, Lauk Kesukaan Arwah Mak
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
https://ift.tt/kfzGMKY
Seorang pengguna Facebook berkongsi satu resipi ayam masak kicap rempah kurma yang merupakan lauk kesukaan arwah ibunya.
Menurut Alin Sulaiman, ibunya akan selalu memuji kesedapan masakan itu setiap kali dia memasaknya.
Masakan ini juga sering mengimbau kepada kenangan manis bersama ibunya. Jadi, jom cuba resipi ini di rumah untuk rasai sendiri kesedapannya.
Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Paling Mudah, Sangat Semerbak Baunya!
RESEPI AYAM MASAK KICAP REMPAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam
- Bawang besar (dihiris)
- Halia (dihiris)
- Bawang merah dan bawang putih (dikisar)
- Cili kering (dikisar)
- Rempah 4 sekawan
- Kicap manis
- Rempah kurma 3-4 sudu makan
- Air
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Cara-cara memasak:
- Mula-mula, goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
- Seterusnya, panaskan minyak masak.
- Masukkan rempah 4 sekawan, bahan yang dihiris dan bahan yang dikisar.
- Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
- Kemudian, letakkan kicap manis dan rempah kurma. Gaul sampai sebati.
- Letakkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai.
- Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukupnya. Kacau sebati dan biarkan menggelegak.
- Jika sudah menggelegak, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi.
- Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Alin Sulaiman
Baca juga: Resipi Ayam Panggang Lazat & Berjus, Cara Mudah Tak Payah Perap!
The post Wanita Kongsi Resipi Ayam Kicap Rempah Kurma, Lauk Kesukaan Arwah Mak appeared first on MyResipi.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
UNTUK TEMPAHAN
Catatan popular daripada blog ini
Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
https://ift.tt/xXcnhIU Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat. Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain. Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba! Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi RESEPI KUAH KACANG SEDAP Bahan-bahan: 3 hingga 4 biji bawang merah besar* 5 ulas bawang putih * ½ inci halia * 20 tangkai cili kering* 2cm asam keping ¼ gula merah 200g kacang 1 batang serai 100g daging segar Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi. 2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setela...
Rahsia Roti Jala Lembut & Tak Melekat, Ikut Resepi Simple Ini Confirm Jadi!
https://ift.tt/CchOEKS Dalam banyak-banyak hidangan ringkas untuk jamuan, ramai yang suka resepi Roti Jala simple. Bukan saja mudah dibuat, malah bahannya pun tak berapa banyak diperlukan. Roti Jala merupakan antara makanan tradisional Melayu yang popular di Malaysia, terutamanya ketika kenduri. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya menyerupai jala atau jaring. Selalu nampak orang lain buat, jadi kali ini kami nak ajak anda cuba sendiri resepi Roti Jala simple yang dikongsikan oleh Suzana Nurkasih di Facebook. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Kari Ayam Bangladesh Simple Tanpa Santan, 3 Langkah Saja Dah Siap! RESEPI ROTI JALA SIMPLE Bahan-bahan: 1kg tepung gandum 3 biji telur 1 santan kotak saiz kecil 2 sudu besar minyak masak Air secukupnya Sedikit kunyit Sedikit garam 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, bancuh semua bahan di atas dalam besen besar sampai sedikit pekat. 2. Semasa kisar nanti, tambah air dan lihat pusaran air sebesar ibu jari. ...
Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
https://ift.tt/hpAYbX5 Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan. Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini! Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti! RESEPI KUAH LONTONG SEDAP Bahan A: Kobis bulat (dipotong) Kacang buncis (dipotong serong) Lobak (dipotong bulat) 5 biji cili api merah untuk penyeri Bahan B: 1 pek pucuk paku + suun 1 pek tempe (digoreng) 1 pek tauhu (digoreng) 250ml santan (2 kotak) 1 liter air Bahan tumisan: Ikan bilis 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu besar bawang besar (dikisar) 1 sudu besar cili kering (dikisar) Minyak untuk menumis Cara-cara: Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B. Bi...
Ulasan
Catat Ulasan