Resipi Tauhu Crispy Goreng Pedas Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Buat Teringat-ingat!
Resepi tauhu goreng rangup pedas ini memang sedap dimakan panas panas. Rangup di luar dan lembut di dalam, ditambah pula dengan sos pedas manis yang beraroma. Memang membuka selera!
Kalau suka gaya masakan Chinese style, boleh cuba resipi yang ringkas dan mudah disediakan ini. Bahan-bahan pun tidak banyak tetapi cukup untuk hasilkan rasa yang seakan makan di restoran.
Baca juga: Kak Yatie Ajar Cara Buat Tauhu Cireng Crispy, Dijamin Makan Licin Sekelip Mata!
RESEPI TAUHU GORENG RANGUP PEDAS
Bahan A (untuk ditumis):
- Bawang putih (dicincang)
- Cili flakes
- Cili padi (dihiris)
- Serbuk jintan manis
Bahan B (untuk sos):
- Sos tiram
- Kicap cair
- Kicap pekat
- Cuka
- Gula
Bahan C (hiasan dan penambah aroma):
- Daun bawang (dihiris)
- Daun ketumbar (dihiris)
Cara penyediaan:
- Potong dan goreng tauhu hingga rangup. Ketepikan terlebih dahulu.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Masukkan bahan A ke dalam minyak panas dan tumis seketika sehingga bawang putih menjadi sedikit garing.
- Elakkan bawang menjadi hangit.
- Selepas api ditutup, tuang bahan B ke dalam kuali dan gaul rata bersama bahan tumis.
- Akhir sekali, msukkan tauhu yang telah digoreng tadi bersama daun bawang dan daun ketumbar. Gaul hingga semua bahan bersalut dengan sempurna. Tak perlu buka api.
- Tauhu crispy goreng pedas kini siap untuk dinikmati. Hidangan ini sedap dimakan panas-panas, sama ada sebagai lauk atau kudapan.
Sumber: Facebook Harum Wangi
Baca juga: Resipi Tauhu Berlauk Lembut & Berjus, Memang Ngam Cicah Sambal Kicap
The post Resipi Tauhu Crispy Goreng Pedas Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Buat Teringat-ingat! appeared first on MyResipi.
Ulasan
Catat Ulasan