Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Simpan Bunga Kantan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Bila Masak Aroma Harum Tetap Sama!

Penggunaan bunga kantan sebagai ‘pewangi’ dan penyedap makanan tradisi Melayu sudah tidak asing lagi. Terutama dalam menu seperti asam pedas dan laksa, bunga kantan sudah semestinya wajib untuk melahirkan aroma harum dalam masakan. Tapi, anda kena tahu cara simpan bunga kantan yang betul supaya bahan ini dapat bertahan lama sehingga berbulan-bulan!

Hal ini kerana, ada masanya bunga kantan ini juga agak sukar untuk dijumpai dijual di pasar dan pasaraya kerana selalu kehabisan stok. Nampaknya, memang kena simpan elok-elok di rumah supaya tidak tercari-cari lagi bila nak masak. Jom kita cuba cara yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mak Mentua Bau Semerbak Satu Rumah, Wajib Campur 4 Bahan Ini!

CARA SIMPAN BUNGA KANTAN TAK KECUT, TIADA BIRAT HITAM

simpan bunga kantan

Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan.Cara ini, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak ada birat hitam. Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam tempat beku. Bila masak, aromanya tetap sama.. Alhamdulillah.

Caranya adalah: 

1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan.

2.Potong ikut suka kita, nak kecil boleh nak besar pun boleh.

3.Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.

4.Letak air kosong dalam bekas bunga kantan tersebut.

5.Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer/tempat beku.

Macam saya, letak dalam bekas untuk sekali masak, mudahkan kerja. Menariknya, bunga kantan ini boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu.

simpan bunga kantan

*Selamat mencuba! Tak perlu susah-susah cari bunga kantan yang kadang-kadang ada dijual, kadang-kadang tiada!

Baca juga: Teknik Supaya Sayur-Sayur Yang Dibeli Lebih Tahan Lama, Ada Yang Sampai Berbulan!

Sumber: Dunia Hanya Sementara Fy

The post Cara Simpan Bunga Kantan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Bila Masak Aroma Harum Tetap Sama! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!