Jangan Takut Kalau Ada Lipas Di Rumah, Spray Je Air Ini Confirm Terus Mati!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kalau di rumah anda, ada ‘sarang’ lipas, jangan risau kerana antara jalan penyelesaiannya adalah dengan mencuba cara bunuh lipas seperti perkongsian di Facebook milik Public Health Malaysia.
Cara yang diajar ini paling senang kerana dalam masa 2 minit sahaja pasti lipas akan mati. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri.
Baca juga: Cara Halau Ular Dan Serangga Lain Yang ‘Buat Sarang’ Dalam Rumah, Berkesan!
CARA BUNUH LIPAS PALING SENANG, 2 MINIT JE
Jika anda terserempak dengan lipas semasa berada di dalam tandas, jangan lari dahulu. Anda ada peluang 99% untuk menang dalam pertarungan ini!
Capai sabun atau syampu yang terdekat, pancut air sabun ke arah lipas tersebut. Air sabun akan menyebabkan permukaan badan lipas yang berlilin pecah dan air sabun akan memasuki liang pernafasan lipas.
1. Campurkan air sabun dan isi ke dalam botol semburan.
2. Kemudian, semburkan air sabun pada lipas.
3. Air sabun akan melemaskan lipas dan ia akan mati dalam beberapa minit.
Mudah kan? Boleh cuba selepas ini kalau ada lipas di dalam rumah atau tandas.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca.
Baca juga: “Eee Gelinya Dengan Cicak Ni!”- Jangan Risau, Guna 13 Cara Hapuskannya, Menjadi!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
The post Jangan Takut Kalau Ada Lipas Di Rumah, Spray Je Air Ini Confirm Terus Mati! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan