Ayam Goreng Berempah Mudah, Serdak Meriah Sampai Sedap Meratah

Imej
https://ift.tt/ElzeiMS Nak buat lauk ala kedai makan untuk keluarga di rumah, anda wajib cuba resipi Ayam Goreng Berempah mudah ini. Bukan saja garing elok, malah serdaknya sedap diratah. Lauk pilihan yang disukai ramai, semestinya Ayam Goreng Berempah . Hidangan ayam yang digoreng bersama campuran rempah-ratus tempatan, bau saja pun boleh terliur. Sue Alysa telah kongsikan cara buat Ayam Goreng Berempah mudah di Facebook dan hasilnya yang garing serta berwarna keemasan cukup memikat selera. Jom kita cuba! Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH Bahan-bahan: 1 ekor ayam 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 inci halia 5 batang serai (potong halus untuk dikisar) 1 sudu makan ketumbar ( sangai dulu sebelum kisar kering) 1 sudu makan serbuk kari ayam Garam 1 sudu makan serbuk cili (ganti dengan cili kisar pun boleh) 1 sudu teh serbuk kunyit 3 sudu makan tepung jagung 1 biji telur 1 ta...

Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa

https://ift.tt/6PenlHv

cara buat roti goreng

Bangun tidur saja, pasti terus terfikir nak makan sarapan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan cara buat Roti Goreng yang cukup lemak manis apabila dimakan.

Roti Goreng adalah roti yang disalut secara nipis dengan adunan telur yang kadangkala dicampur tepung bersama gula dan garam serta digoreng dalam minyak panas.

Jika ada banyak lebihan roti yang hampir dengan tarikh luput, tak lain dan tak bukan, semestinya ramai akan memilih untuk buat Roti Goreng yang lazat di rumah.

Bukan saja caranya begitu mudah tanpa jalan kerja yang renyah, malah hidangan ini tak memerlukan bahan-bahan yang begitu banyak untuk membuatnya.

Ratna Sari Zain telah kongsikan cara buat Roti Goreng lemak manis di Facebook yang kesedapannya berbeza dengan resipi lain dan sungguh luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

CARA BUAT ROTI GORENG LEMAK MANIS

cara buat roti goreng

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur ayam gred A
  • 2 atau 3 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Roti potong (besar)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, pecahkan telur terlebih dahulu.

2. Masukkan susu dan garam, kemudian kacau sampai sebati.

3. Selepas itu, potong roti ikut citarasa masing-masing dan celup dalam adunan tadi.

4. Apabila minyak sudah panas, boleh mula menggoreng, angkat dan toskan.

cara buat roti goreng

Selain dijadikan sebagai sarapan, anda boleh gunakan cara buat Roti Goreng yang lemak manis ini untuk hidangan minum petang di rumah juga.

Senang cerita, anda boleh buat Roti Goreng pada bila-bila masa yang disukai. Manalah tahu tiada idea untuk bekal anak ke sekolah, bolehlah buat resipi ini saja.

Tambahan pula, menu ringkas ini juga merupakan idea terbaik sebagai potluck atau berkelah bersama keluarga tersayang. Rasanya yang cukup lemak manis, pasti memikat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Ratna Sari Zain

Baca juga: Resepi Roti Goreng Sardin Celup Tepung, Bila Makan Terus Teringat Mak Cik Kantin Sekolah

The post Cara Buat Roti Goreng Lemak Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap Luar Biasa appeared first on MyResipi.

Ulasan

UNTUK TEMPAHAN

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!