Cara Masak Lemang Segera Dengan 3 Bahan, Tetap Lembut Dan Wangi

Imej
https://ift.tt/rPSO90c Mulai hari ini, MyResipi akan kongsikan beberapa hidangan raya dalam Resipi Campak-Campak dan salah satunya adalah cara masak lemang segera di rumah yang mudah. Lemang adalah hidangan tradisional Melayu yang terkenal dengan tekstur lembut dan kenyal. Biasanya, ia dihasilkan daripada beras pulut yang dimasak dalam buluh bersama santan . Pada zaman moden ini, ramai memilih untuk gunakan lemang segera terutamanya buat mereka yang duduk di bandar kerana cara memasaknya lebih mudah dan cepat. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! CARA MASAK LEMANG SEGERA Bahan-bahan: 5 paket lemang segera 1 mangkuk serbuk santan 2 liter air Cara-cara memasak: 1. Mula-mula, masukkan 2 liter air ke dalam periuk (jika tiada periuk nasi). 2. Selepas itu, biarkan air mendidih dalam periuk sebentar. 3. Apabila sudah mendidih, baru masukkan 1 mangkuk serbuk santan ke dalam periuk supaya lemang mudah dimasa...

Resepi Seri Muka Sukatan Cawan Yang Mudah, Lembut Dan Licin Kejadiannya!

https://ift.tt/GxhFl9A

resepi seri muka

Semua orang suka makan kuih tradisional sebagai pencuci mulut sewaktu berbuka puasa. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Seri Muka sukatan cawan yang sangat mudah.

Seri Muka mempunyai lapisan pulut yang lembut di bahagian bawah dan pandan yang wangi di bahagian atas. Dengan rasa manis dan lemak yang seimbang, sesiapa pun takkan menolak untuk makan kuih ini.

SuiSan Aliezsha telah kongsikan resepi Seri Muka di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Seri Muka Gula Merah Tanpa Telur, Ini Rahsia Lapisan Atas Tak Berlubang

RESEPI SERI MUKA SUKATAN CAWAN

resepi seri muka

Bahan-bahan untuk bahagian bawah:

Bahan-bahan untuk bahagian atas:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buat bahagian bawah dengan mencuci pulut dan toskan.

2. Selepas itu, masukkan santan dan garam.

3. Kemudian, kukus dalam bekas talam selama 25 minit.

4. Setelah itu, angkat dan penyek-penyekkan sampai padat.

resepi seri muka

5. Seterusnya, buat bahagian atas pula dengan kisar semua bahan sampai adunan halus.

6. Selepas itu, masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan tadi.

7. Akhir sekali, kukus selama 30 minit. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Seri Muka sukatan cawan sesuai digunakan oleh mereka yang baru saja belajar buat kuih di rumah. Tambahan pula, hasilnya cukup lembut dan berlemak sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Guna Periuk Nasi Pun Boleh Buat Kuih Seri Muka Simple, Tak Sangka Mudah Caranya

The post Resepi Seri Muka Sukatan Cawan Yang Mudah, Lembut Dan Licin Kejadiannya! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!