Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Lelaki Maut Makan Sotong Hidup

Lelaki Maut Makan Sotong Hidup

Malang nasib lelaki berusia 82 tahun di Korea Selatan yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas tercekik sotong hidup yang dihidangkan sebagai makanan istimewa tempatan.

Independent UK melaporkan, insiden itu berlaku di bandar selatan Gwanju pada Isnin lalu, apabila bomba menerima laporan mengenai san-nakji tersekat pada kerongkong seorang lelaki.

Nama hidangan – san-nakji – itu secara literal diterjemahkan sebagai sotong hidup.

Menurut bomba, ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, lelaki itu sudah mengalami serangan jantung.

Anggota bomba memberi bantuan pernafasan, tetapi ia tidak dapat memulihkan mangsa.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di hospital tempatan.

Hidangan san-nakji terdiri daripada sotong mentah yang dicincang dan dihidangkan secara tradisional, dengan disiram minyak bijan.

Ia dihidangkan serta-merta selepas haiwan itu dicincang dan ketika kepingan sotong itu masih bergerak-gerak.

Difahamkan, ia dihidangkan semasa sesungut sotong masih bergerak-gerak. Oleh itu, makanan itu menimbulkan risiko keselamatan dan orang ramai dinasihatkan untuk memotongnya menjadi kepingan yang lebih kecil dan mengunyah dengan teliti sebelum ia ditelan.

Insiden ini bukan satu-satunya kejadian di mana orang mati akibat sesak nafas akibat memakan hidangan berkenaan.

Sekurang-kurangnya tiga individu meninggal dunia akibat memakan hidangan sotong hidup antara 2007 dan 2012, menurut data dari Ibu Pejabat Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul yang dipetik oleh The Korean Herald.

Pada 2013, dua lagi kematian direkodkan, dan satu lagi kejadian, membabitkan seorang lelaki berusia 70-an, berlaku pada 2019, menurut laporan berita tempatan.

San-nakji disenaraikan di antara makanan paling berbahaya di dunia, bersama-sama dengan katak kuak dan ikan buntal beracun, oleh beberapa saluran berita Barat.-hmetro

The post Lelaki Maut Makan Sotong Hidup appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!