Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Suntik Bius Dan Rogol Wanita Tiga Lelaki Dihukum Mati

Suntik Bius Dan Rogol Wanita, Tiga Lelaki Dihukum Mati

Tiga lelaki di Iran dijatuhi hukuman mati kerana merogol beberapa wanita yang diperdaya dengan iklan rawatan kosmetik daripada klinik estetik palsu.

Semua wanita itu diperdaya hingga memasuki klinik berkenaan sebelum disuntik dengan ubat bius dan diperkosa.

Berdasarkan keputusan disiar portal badan kehakiman Mizan, kesemua lelaki itu didapati bersubahat dalam 12 kes serangan seksual pada akhir 2021 di wilayah selatan Hormozgan.

Ketua Hakim Mojtaba Ghahramani dipetik berkata, “tiga lelaki itu akan dihukum gantung di penjara Bandar Abbas.”

Seorang daripada tertuduh bekerja sebagai pembantu perubatan didakwa memujuk tujuh mangsa dengan ‘iklan palsu’ prosedur rawatan kosmetik yang disiar dalam talian, sebelum menyuntik mereka dengan ubat bius dan merogol.

Dua lagi tertuduh yang juga jururawat pula didakwa atas lima kes rogol serta pertuduhan berkaitan kecurian dadah, menurut laporan.

Kumpulan hak asasi Amnesty International mendedahkan, Iran menghukum mati lebih ramai individu, berbanding negara lain kecuali China dengan sekurang-kurangnya 582 pesalah tahun lalu iaitu jumlah tertinggi sejak 2015.-hmetro

The post Suntik Bius Dan Rogol Wanita, Tiga Lelaki Dihukum Mati appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!