Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Pakar forensik setuju punca kematian Baby Syifaa akibat tekanan di leher

SEREMBAN – Pakar Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban tetap dengan pendirian bahawa punca kematian seorang bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau ‘Baby Syifaa’ adalah disebabkan tekanan di leher pada prosiding hari ketiga inkues bagi menyiasat punca kematian bayi itu di Mahkamah Koroner di sini hari ini.

Saksi ke-18, Dr. Hanif Mahmud, 40, dalam keterangannya di hadapan Koroner, Datin Surita Budin berkata, tekanan di leher itu berdasarkan kesan luka abrasion (melecet) di leher bayi berusia 15 bulan itu yang melanjur naik tanpa ada sebarang tekanan atau kecederaan dalaman pada tubuh mangsa.

Hanif berkata, pemeriksaan luaran mendapati terdapat 12 kecederaan luaran antaranya luka melecet di leher, pergelangan kaki kiri, ibu jari kanan serta kuku jari kaki kelima separa tertanggal.

“Kesan luka abrasion (melecet) di leher itu berukuran 11 sentimeter (cm) panjang dan 0.5 cm lebar di bahagian tengah leher sehingga bahagian sisi kiri dan kanan.

“Luka ini sedikit melanjur menaik di bahagian hujungnya, luka lecekan boleh berlaku jika ada geseran antara kulit dan satu objek yang berpermukaan kasar,” katanya pada prosiding inkues di sini hari ini.

Menurut Hanif, luka melecet itu hanya dalam bentuk satu garisan lurus yang nipis dan berdasarkan hasil dapatan bayi itu mungkin terjerut dengan objek seperti tali, lipatan kain atau seumpamanya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad bagaimana tekanan pada leher boleh membawa kepada kematian mangsa, Hanif berkata, tekanan di leher boleh menyebabkan berlaku halangan kepada saluran pernafasan sehingga mangsa mengalami kesukaran bernafas.

“Merujuk hasil bedah siasat terdapat kesan luka melecet pada leher yang menunjukkan badan mangsa tidak mendapat oksigen yang cukup dan tekanan pada leher menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili keluarga ‘Baby Syifaa’ Gaithri Thomas dan Hafiz Norkhan yang menyoal pakar forensik itu sama ada akan terdapat kesan jaringan jika leher mangsa jika tersangkut pada tepi kain buaian.

Hanif berkata, sekiranya bayi itu bergerak kesan itu sukar diperoleh dan perlu mengambil kira kedudukan mangsa yang berketinggian 73 cm dan seberat 7.65 kilogram.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Hafiz bahawa dalam situasi ‘Baby Syifaa’ mangsa ‘struggle’ sebelum kematiannya.

Turut sama dalam prosiding inkues, peguam pemerhati pihak pengasuh, Noliana Ali Othman serta ibu bapa bayi tersebut, Yuseri Yusoff, 39 dan Anida Idrus, 41, bersama penyokongnya serta keluarga.-KOSMO! ONLINE

The post Pakar forensik setuju punca kematian Baby Syifaa akibat tekanan di leher appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!