Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Doktor Kongsi Rahsia Miliki Badan Bertenaga & Sihat Sampai Tua, Rugi Kalau Tak Ikut!

Menerusi perkongsian Dr Imelda Balchin di laman Facebooknya, dia ada kongsikan beberapa ‘rahsia’ untuk memiliki badan sihat sehingga tua.

11 tips ini sangat penting dalam kehidupan kerana mampu memberikan tenaga dan tidak mudah letih. Nak tahu apa tipsnya? Ikuti perkongsian lanjut artikel di bawah.

Baca juga: 2 Bahan Ini Boleh Hilangkan Gastrik, Paling Senang Nak Cari & InsyaAllah Berkesan!

DOKTOR KONGSI PETUA BADAN SIHAT SAMPAI TUA

BADAN SIHAT

1. Jangan merokok. Kalau merokok, berhentilah.

2. Jangan minum alkohol. Kalau minum alkohol, berhenti.

3. Jangan jadi penagih dadah. Berhenti hisap ganja, minum air ketum, kunyah buah pinang, ketagih heroin dan sebagainya. Semua ini berhenti.

4. Jangan jadi obese. Kalau obese, turunkan berat badan.

5. Amalkan pemakanan sihat seumur hidup. Lebihkan makan sayur-sayuran, ulam, buah-buahan, kekacang, bijiran tinggi serat. Berhentilah makan junk food dan makanan segera yang tinggi dengan pengawet, garam dan gula. Sekali-sekala sahaja tak apa.

6. Minum air kosong dengan secukupnya. Berhentilah minum air manis-manis. Berhenti tambah gula di dalam air minuman.

7. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Berjalan sekurang-kurangnya 6000 langkah sehari.

8. Buat ujian saringan tekanan darah, ujian saringan untuk diabetes, supaya anda tahu dari awal jika ada penyakit kronik ini.

9. Jangan beli produk sampah overclaim, jangan overdose suplimen, jangan ambil ubat-ubat yang anda tidak perlu ambil.

10. Untuk ibu yang bersalin, penyusuan bayi dengan susu ibu adalah satu langkah yang memberi banyak manfaat kesihatan jangka masa panjang kepada ibu, termasuklah mengurangkan berat badan, menurunkan risiko diabetes, menurunkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser ovari.

11. Mesti jaga kesihatan emosi dan mental: Pemikiran yang positif, ceria, senyum selalu, jangan buruk sangka dan jangan dengki kepada orang lain. Doakan yang baik-baik saja kepada orang lain, dan berbanggalah dengan kejayaan orang lain.

Ikut tips ini untuk kekal sihat sehingga tua.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Tanpa Sedar Rupanya 10 Makanan Ini Punca Perut Masuk Angin & Kembung. Adoi Tak Selesanya!

Sumber: Facebook Imelda Balchin

The post Doktor Kongsi Rahsia Miliki Badan Bertenaga & Sihat Sampai Tua, Rugi Kalau Tak Ikut! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!