Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

10 Jenis Masalah Gangguan Keperibadian/Mental, Ramai Alami Yang No.7!

Masalah gangguan mental merupakan antara penyakit yang semakin berlaku dalam kalangan manusia. Malah, gangguan ini juga boleh dikategorikan sebagai pembunuh senyap kerana masih ramai yang tidak peka dengan tanda serta cara rawatannya.

Malah, menurut kajian, pada peringkat global, satu daripada tujuh awal remaja mengalami masalah gangguan mental dan bukan hanya berlaku kepada golongan dewasa. Oleh itu, amat penting untuk anda kenalpasti antara 10 jenis masalah keperibadian ini supaya boleh ditangani dengan cepat.

Baca juga: Info Lengkap Ciri-Ciri Anda Hadapi Gangguan Mental Pada Peringkat Awal, AWAS!

10 JENIS MASALAH GANGGUAN MENTAL ANDA KENA TAHU

gangguan mental

1.Paranoid

Selalu curiga dan tidak percaya pada orang lain, bahkan teman, keluarga dan pasangannya tersendiri.

2.Skizoid

Suka menyendiri, tak ingin berhubungan sosial dan seksual, tak peudi pada orang lain dan tak memilili respons emosional.

3.Skizotipal

Orang dengan gangguan kepribadian jenis ini takit pada interaksi sosial dan menganggap orang lain bahaya.

4.Antisosial

Sering mengabaikan peraturan dan kewajiban sosial, mudah tersinggung, agresif, bertindak impulsif dan tidak memiliki rasa bersalah.

5.Ambang (Borderline)

Emosi tidak stabil, mudah marah, impulsif, mengalami perasaan hampa, suka menyakiti diri sendiri, dan berisiko bunuh diri.

6.Histrionik

Tak memiliki rasa harga diri, sering menarik perhatian dan mendramatisasi atau memainkan peranan agar didengar atau dilihat.

7.Narsistik

Memiliki perasaan ekstrem mengenai kepentingan diri sendiri, tidak memiliki empati, serta siap berbohong dan mengeksploitasi orang lain demi mencapai tujuannya.

8.Dependen

Kurang percaya diri dan perlu banyak bantuan dalam membuat keputusan sehari-hari dan menyerahkan keputusan hidup yang penting kepada orang lain.

9.Menghindar (Avoidant)

Percaya bahawa dirinya tidak kompeten, tidak menarik, inferior, dan terus-menerus takut dipermalukan, dikritik, atau ditolak.

10.Anankastik

Teliti berlebihan pada perincian, aturan, daftar, urutan, organisasi, atau jadual. Termasuk dalam kategori ‘perfectionist’.

gangguan mental

*Dapatkan rawatan awal dan bagi anda yang beragama Islam, kembali kepada Allah SWT dengan membaca Al-Quran, solat dan mendapat bantuan kauseling serta terapi yang betul. Jangan biarkan diri terjerumus dalam kegelapan…

Baca juga: Alami Kemurungan Teruk, Ini Jenis Ubat Untuk Penyakit Mental Di Peringkat Awal

Sumber: Freddy Liong

The post 10 Jenis Masalah Gangguan Keperibadian/Mental, Ramai Alami Yang No.7! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!