Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Push Walker VS Baby Walker, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Si Manja?

Apabila memilih alat bantuan berjalan untuk bayi, adalah penting untuk memastikan keselamatan bayi dan alat yang digunakan. Mak ayah mesti tidak mahu bayi cedera apabila menggunakan alat bantuan berjalan itu, bukan? Dua alatan tersebut adalah baby walker dan push walker namun ada bezanya.

Masih lagi mencetuskan perdebatan ramai mengenai push walker dan baby walker ini, yang mana satu sebenarnya bagus digunakan untuk bayi untuk berjalan. Jadi, kalau nak tahu jawapannya, boleh terus baca penjelasan di bawah.

Baca juga: 95% Kanak-Kanak Keluarga B40 Di Kuala Lumpur Hidup Dalam Kemiskinan

PUSH WALKER ATAU BABY WALKER, YANG MANA LEBIH BAGUS?

push walker

Foto: Babylist (Push Walker)

Baby walker berbentuk hampir seperti bulatan, dengan tempat duduk untuk bayi di tengah bulatan dan roda di bahagian bawah. Baby walker  juga dilengkapi dengan mainan tergantung yang menjadikan penampilan mereka lebih menarik.

Manakala, push walker ialah alat bantuan berjalan yang digunakan apabila bayi sudah mula belajar berdiri dan mengimbangi badan ketika mengambil langkah. Kedudukan bayi juga akan berdiri tegak dan tidak duduk seperti menggunakan baby walker. Jadi, alat ini akan membuatkan kaki bayi dapat berehat dengan baik di atas lantai apabila mereka berjalan.

Oleh itu, alat bantuan berjalan yang manakah lebih baik untuk digunakan oleh si manja anda? Jawapannya adalah PUSH WALKER!

Dilaporkan oleh Healthline, push walker dianggap lebih baik dan selamat daripada baby walker. Alat ini direka sedemikian rupa sehingga boleh merangsang bayi menggunakan berat badannya untuk mengambil langkah. Baby push walker juga terbukti secara saintifik dapat mencapai hasil yang lebih baik daripada baby walker seat.

Kelebihan PUSH WALKER adalah:

1.Membolehkan bayi melihat kaki mereka semasa berjalan. Ini akan meningkatkan keinginan si kecil untuk terus berjalan dan menjadikan kakinya berkembang secara semula jadi. Mereka juga cenderung untuk mengetahui apa yang menyebabkan badan mereka bergerak.

2.Push walker juga diilhamkan berkonsepkan seperti mainan kanak-kanak. Selain membantunya berjalan, alat ini secara umumnya turut dilengkapi dengan alat permainan yang boleh melatih kemahiran motor kasar dan halusnya.

3.Tolakan yang lebih kecil di sepanjang mainan boleh menyokong kemahiran motor halus seperti tangan dan pergelangan tangan, serta kemahiran motor kasar seperti lengan dan kaki. Penolakan pada mainan ini menggalakkan pergerakan dan semakin banyak bayi anda bermain dengannya, semakin kuat dan yakin jadinya.

4.Push walker yang betul boleh berguna untuk menggalakkan kemahiran seperti otot perut, latihan duduk, bermain tangan dan lutut, menarik badan untuk berdiri, mengambil langkah dan mencangkung ke/dari lantai.

Kenapa tak sarankan BABY WALKER?

push walker

Foto: AsianParent (Baby Walker)

1.Baby walker belum terbukti dapat mempengaruhi keupayaan bayi untuk berjalan lebih laju. Malah alat ini menyebabkan bayi malas berjalan, kerana alat ini memudahkannya kerana mempunyai roda.

2.Bayi yang menggunakan baby walker cenderung untuk berdiri di atas jari kaki mereka. Ternyata keadaan ini boleh mempengaruhi cara bayi berjalan, jadi dia belajar cara berjalan yang salah, iaitu dengan memijak dan melangkah.

3.Baby walker juga tidak dapat menguatkan otot bayi seperti yang difikirkan oleh ramai orang.

4.Bayi yang menggunakan baby walker juga cenderung tidak dapat mengimbangi badan mereka dengan betul. Ini kerana bayi tidak dapat melihat kakinya secara langsung, kerana terhalang oleh baby walker.

5.Menggunakan baby walker juga boleh membahayakan bayi. Kerana si kecil anda berada pada kedudukan yang lebih tinggi dan boleh bergerak dengan pantas. Inilah yang membolehkan bayi mencapai objek berbahaya!

*Nota penting: Push walker boleh menjadi pilihan yang bagus untuk bayi yang ingin meneroka tegak dengan sokongan, tetapi alat ini  sama sekali BUKAN keperluan wajib digunakan untuk perkembangan anak anda ke arah berjalan bebas!

Baca juga: “Wahai Anakku..” – Pesanlah 7 Perkara Penting Ini Untuk Anak Yang Kian Dewasa

Sumber: Kumparan.com, Milestone and Motherhood

Foto: ZeroWasteMemoir, Cleveland Clinic

The post Push Walker VS Baby Walker, Yang Mana Satu Lebih Baik Untuk Si Manja? first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!