Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Cara DIY Masker Muka Untuk Hilangkan Jerawat, Guna Setiap Malam Mesti Kulit Licin

‘Kemunculan’ jerawat di muka sudah tentunya boleh mengganggu keyakinan diri seseorang. Jadi, antara tips hilangkan jerawat boleh dicuba adalah dengan menggunakan masker semula jadi buatan sendiri.

Menerusi perkongsian Aisyah Badar Bajrai di laman Facebooknya, masker ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat. Jom cuba!

Baca juga: 10 Tips Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan, Baru Lebih Kuat Dan Sihat Selalu

TIPS HILANGKAN JERAWAT GUNA MASKER INI, MUKA TERUS LICIN

TIPS HILANGKAN JERAWAT

Ini salah satu masker kesukaan Aisyah. Bukan setakat senang nak buat, kos dia pun murah sangat. Aisyah guna tepung beras sahaja. Cara nak buat dia senang sahaja.

1. Ambil 1 sudu besar tepung beras dan bancuh menggunakan air mineral atau air tapis.

2. Kacau sehingga sebati dan sapu rata di seluruh bahagian muka.

3. Biarkan sehingga kering dan sedia untuk dibilas bersih.

Kalau nak dapat kesan lebih puas hati, boleh buat setiap hari. Jerawat memang cepat kecut dan kulit jadi lembut seperti bayi. Wah!

Masker ini juga ada kelebihan yang lain, antaranya:

  • Anti-aging
  • Serap lebihan minyak di muka
  • Merawat kulit kusam
  • Hilangkan sunburn
  • Cerahkan kulit
  • Lembutkan kulit
  • Kurangkan gelap bawah mata
  • Hilangkan parut jerawat
  • Anjalkan kulit

Jadi, siapa yang dah ada tepung beras dekat rumah, malam ini dah boleh tepek dekat muka. Barulah makin cantik dan kulit licin.

Selamat mencuba!

Baca juga: 10 Tips Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan, Baru Lebih Kuat Dan Sihat Selalu

Sumber: Facebook Aisyah Badar Bajrai

The post Cara DIY Masker Muka Untuk Hilangkan Jerawat, Guna Setiap Malam Mesti Kulit Licin first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!