Petik Buah Cili Kena Guna Teknik Betul, Kalau Salah Cepat Mati & Busuk!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Petik cili juga memerlukan teknik yang betul kerana jika salah cara ia boleh menyebabkan pokok buah cili cepat mati dan tidak subur.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pengusaha buah cili di laman Facebooknya. Jelasnya, ada beberapa perkara penting perlu diketahui agar pokok tahan lebih lama. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: Jangan Buang Sayur Yang Layu, Boleh Kembali SEGAR Bila Guna Teknik Ini. Cubalah!
PETIK CILI ADA TEKNIKNYA, BARU KEKAL SUBUR
Kaedah dan cara yang betul ketika memetik buah cili:
– Jangan memetik buah cili menggunakan gunting kerana bila batangnya dipotong separuh, ini akan menyebabkan sukar untuk berbunga semula dan mengambil masa yang agak lama.
– Jadi, cara yang tepat adalah dengan menggunakan tangan tetapi anda perlu memetik tangkainya sekali.
– Pastikan pegang di bahagian hujung tangkai dan petik ke bawah agar mudah tertanggal.
– Selain itu, dinasihatkan agar tidak memetik ketika waktu hujan atau di awal pagi. Hal ini kerana lada yang basah akan cepat busuk dan tidak tahan lama.
– Petik buah cili ketika sudah kering supaya lebih tahan lama dan tidak cepat busuk.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca di luar sana.
Baca juga: Petani Thailand Kongsi Rahsia Pokok Berbuah Lebat, Rupanya Kena Guna Bahan Ini!
Sumber: Facebook Wak Leh JB
The post Petik Buah Cili Kena Guna Teknik Betul, Kalau Salah Cepat Mati & Busuk! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan