Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Guru maut kereta terbabas di bahu jalan Dalam kejadian itu, suami mangsa berusia 34 tahun dan anak lelaki pasangan itu berusia dua tahun cedera ringan.


Guru maut kereta terbabas di bahu jalan

Dalam kejadian itu, suami mangsa berusia 34 tahun dan anak lelaki pasangan itu berusia dua tahun cedera ringan.

IPOH – Seorang wanita maut selepas kereta dipandu suaminya terbabas di bahu jalan di Kilometer 282.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Simpang Pulai di sini hari ini.

Nahas sekitar pukul 12.30 tengah hari itu mengorbankan mangsa, Nor Zafirah Abdullah, 33, beralamat di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, suami mangsa berusia 34 tahun dan anak lelaki pasangan itu berusia dua tahun cedera ringan.

Difahamkan, tiga beranak itu dalam perjalanan balik ke Johor dari Pulau Pinang di mana mangsa bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Skudai.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kemalangan selepas menerima maklumat kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas di bahu jalan dan masuk ke dalam longkang.



“Seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang didapati tersepit dan anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkannya.



“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihah polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.



Menurut beliau, mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Operasi tamat pada pukul 1.34 tengah hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!