Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Bukan Jambu Batu Je, Sebenarnya Ada 7 Lagi Jenis Buah Jambu Yang Tak Pernah Ada Kenali!

Kalau waktu kecil, antara buah kegemaran kanak-kanak adalah jambu air. Tambah lagi jika dimakan bersama garam ataupun kicap. Tapi, tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis buah jambu selain yang selalu dimakan?

Berita baik untuk penggemar jambu! Sebenarnya ada lapan jenis buah jambu yang ‘confirm’ ngam dengan tekak anda. Walaupun sekarang susah untuk jumpa pokok buah jambu ini, tetapi jika ternampak, bolehla anda tahu jenis serta namanya. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai jenis buah jambu yang ada.

Baca juga: 10 Jenis Buah Tinggi Serat & Bagus Untuk Diet

8 JENIS BUAH JAMBU

1. Jambu air

jenis buah jambu

Jambu ini mengandungi vitamin A dan C yang tinggi di dalamnya. Ia bagus untuk kesihatan gigi, gusi dan juga buah pinggang anda. Malah, jambu air ini juga mengandungi banyak air sehinggakan boleh dibuat jus!

2. Jambu batu

jenis buah jambu

Jambu ini dipercayai datang dari Peru dan Mexico. Ia berbuah sepanjang tahun. Jambu batu ini bagus untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Untuk pengetahuan anda, jambu batu  mengandungi vitamin C yang tinggi, malah lebih banyak berbanding dari buah oren.

Terbukti bahawa  jambu jenis ini bagus untuk kesihatan. Bukan itu sahaja, ianya enak jika dimakan bersama asam dan juga di dalam rojak buah!

3. Jambu mawar

jenis buah jambu

Jambu ini mempunyai bau yang wangi. Tahukah anda menariknya jambu ini ialah pokoknya susah diserang ulat disebabkan oleh baunya yang wangi dan rasanya pula kelat.

Jika jambu ini jatuh ke tanah, buahnya akan cepat lebam. Antara warna buah jambu mawar ini adalah hijau, kuning dan merah kekuningan jika sudah terlalu ranum.

4. Jambu bol

jenis buah jambu

Zaman ini, jambu bol semakin susah ditemui. Namun, jika pucuk jambu ini dijadikan ulam, rasanya sangat lemak dan pasti menyelerakan! Selain itu, pokok jambu ini mengeluarkan bunga bewarna merah jambu yang sangat cantik rupanya!

5. Jambu Brazil

jenis buah jambu

Seperti namanya, jambu ini datang dari Brazil. Jambu ini terdiri daripada dua warna iaitu merah dan kuning. Jika anda tahu buah markisa, rasanya adalah masam-masam manis seakan buah itu.

6. Jambu bertih

jenis buah jambu

Jambu bertih juga dikenali sebagai jambu lonceng. Ia mempunyai dua warna iaitu merah dan putih. Kelebihan jambu ini adalah rasanya yang rangup dan juga ada yang masam dan juga manis. Sesuai dengan namanya, saiz jambu ini adalah kecil. Comel je!

7. Jambu madu

jenis buah jambu

Nama lain untuk jenis ini adalah jambu semarang. Bunga jambu madu berwarna putih dan ia tidak mengeluarkan sebarang bau. Buahnya adalah berbentuk panjang. Ia juga berwarna merah bersama kulitnya yang nipis, licin dan berkilat.

Walapun berwarna merah, tapi isi di dalamnya adalah berwarna putih. Rasa jambu madu ini manis dan juga rapuh. Memang sedap!

8. Jambu botol

jenis buah jambu

Nama lain untuk buah ini adalah jambu susu. Rasanya masam dan sedikit kelat manakala buahnya berwarna putih memanjang, sesuai dengan namanya iaitu botol atau susu!

Jika jambu botol ini terlalu ranum, buahnya akan menjadi lembut dan berjus. Paling sedap jika dibuat jeruk. Nyum!

Mesti anda semua tak sangka kan sebenarnya ada banyak jenis buah jambu! Memang selama ini yang sering kita dengari adalah jambu batu dan juga air. Sebenarnya banyak lagi dan rasanya pun sedap-sedap belaka. Jika jumpa di mana-mana, rasalah kesedapan jambu-jambu ini! Pasti anda akan tergolong menjadi peminat jambu!

Sumber: Utusan TV

The post Bukan Jambu Batu Je, Sebenarnya Ada 7 Lagi Jenis Buah Jambu Yang Tak Pernah Ada Kenali! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!