Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama

https://ift.tt/MJZNbzv

resepi rendang ayam simple

Jom cuba resepi rendang ayam simple ini. Dijamin hasil masakan akan menjadi sangat sedap! Kuahnya juga wangi semerbak kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Dicampur pula dengan hirisan daun kunyit yang menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.

Kalau nak rendang yang lebih ‘berlemak, pastikan anda gula santan fresh dari kelapa. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan. Sesuai dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan Hari Raya nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!

RESEPI RENDANG AYAM SIMPLE SUKATAN 1/2 EKOR AYAM

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam – dipotong
  • 1 kotak kecil santan kecil jenama ‘ayam brand’
  • 2 peket kecil kerisik
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 ½ sudu besar gula pasir
  • ½ sudu besar garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 helai daun kunyit – hiris halus
  • 1 ½ cawan air

Bahan kisar:

  • 15-18 tangkai cili kering – rendam dengan air panas dan toskan
  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Halai – 2 sebesar ibu jari
  • Lengkuas – sebenar iibu jari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 batang serai
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara memasak:

1. Kisar halus semua bahan-bahan kisar. Kisarkan cili dan minyak masak terlebih dahulu, kemudian baru masukkan bahan lain sedikit demi sedkit.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tak perlu menumis kerana kita dah kisar bahan-bahan kisar menggunakan minyak masak. 

3. Masukkan gula, garam, bahan perasa, asam keping, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga benar-benar naik minyak dan pes rendang masak elok. Ini petua supaya rendang tahan lama. Jika nak kisar gula air pun boleh, tetapi pastikan tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak.

4. Kemudian masukkan santan dan air. 

5. Bila dah mendidih, masukkan ayam.

6. Apabila ayam hampir lembut, taburkan daun kunyit dan biarkan kuah pekat. Kacau sesekali.

resepi rendang ayam simple

7. Bila kuah dah pekat, sesuaikan rasa dan sesuaikan rasa.

8. Boleh cedok dan buang lebihan minyak dalam rendang.

resepi rendang ayam simple

Kredit: Mariana Zainal

Baca juga: Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang, Lagi Mudah Nak Bungkus!

The post Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!