Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Data Terkini Purata Gaji Di Malaysia, Kuala Lumpur Paling Tinggi & Kelantan Terendah!

Semalam Berita Harian melaporkan, purata gaji di Malaysia dalam tempoh sebulan untuk negeri-negeri dan wilayah persekutuan di dalam negara ini.

Mengikut penemuan Banci Ekonomi 2023, individu bekerja di syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur menerima purata gaji sebulan lebih tinggi berbanding negeri lain iaitu RM4,196.

Baca juga: ‘Customer’ Tergamak Bagi Upah RM20 Lepas Diminta Baiki Peti Chiller, Netizen Luah Rasa Geram!

PURATA GAJI DI MALAYSIA UNTUK TEMPOH SEBULAN

purata gaji di Malaysia

Rafizi menerima buku Banci Ekonomi 2023 daripada Mohd Uzir (kanan) sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron (kiri) pada Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi 2023 di Putrajaya, hari ini – NSTP/AIZUDDIN SAAD

Berikut merupakan purata gaji sebulan di Malaysia mengikut penemuan Banci Ekonomi 2023, dari yang tertinggi hingga terendah:

  1. Kuala Lumpur – RM4,196
  2. Selangor – RM3,563
  3. Pulau Pinang – RM3,496
  4. Labuan – RM3,491
  5. Melaka – RM3,115
  6. Sarawak – RM3,077
  7. Negeri Sembilan – RM3,025
  8. Putrajaya – RM2,994
  9. Johor – RM2,987
  10. Terengganu – RM2 ,793
  11. Kedah – RM2,721
  12. Perak – RM2,679
  13. Pahang – RM2,628
  14. Sabah – RM2,381
  15. Perlis – RM2,253
  16. Kelantan – RM2,070

Baca juga: Akibat Pelajar Meniru Dalam ‘Exam’, Ini 8 Idea Ekstrem Elak Ia Berlaku Hingga Susah Nak Percaya!

Pekerja di sektor perkhidmatan terima purata gaji sebulan tertinggi di Kuala Lumpur & Selangor

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Kuala Lumpur jelas menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.

Beliau berkata, bagi Kuala Lumpur, pekerja yang menerima purata gaji sebulan tertinggi adalah yang berkerja di sektor perkhidmatan iaitu dalam aktiviti perkhidmatan telekomunikasi dengan RM9,457.

“Ia diikuti oleh pekerja dalam aktiviti pemprograman dan penyiaran RM8,629 dan perantaraan kewangan, RM6,946,” katanya pada Majlis Peluncuran Penemuan Banci Ekonomi (Be) 2023 oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

Mohd Uzir berkata, Selangor turut merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor perkhidmatan.

Beliau berkata, nilai gaji bulanan tertinggi dicatatkan oleh aktiviti telekomunikasi iaitu RM7,580 sebulan, diikuti oleh pekerja bagi aktiviti maklumat dan pengatucaraan komputer iaitu masing-masing merekodkan purata gaji sebulan sebanyak RM7,186 dan RM7,112.

Baca juga: Budak Lelaki Panik Berlari Mintak Tolong, Gara-Gara Ibu Saudaranya Tersangkut Dalam Lif!

Pulau Pinang pula pekerjaan dalam sektor pembuatan 

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, Pulau Pinang merekodkan purata gaji sebulan tertinggi di sektor pembuatan. Katanya, purata gaji bulanan tertinggi direkodkan oleh pekerja dalam aktiviti pembuatan produk elektrik, elektronik & optikal iaitu RM4,790 sebulan.

Mohd Uzir berkata, jumlah bilangan pekerja untuk keseluruhan sektor juga mencatatkan peningkatan 1.8 peratus dengan 10 juta orang pekerja pada 2022.

Beliau berkata, mewakili lebih separuh daripada jumlah pekerja pada tahun 2022, sektor perkhidmatan mencatatkan pertambahan sebanyak 2.8 peratus dengan sejumlah 5.8 juta orang.

Tambahan pula, katanya, sektor pembuatan merekodkan 2.3 juta orang dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus.

Sebaliknya, bilangan pekerja menurun bagi sektor pertanian, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian, katanya.

Pada masa sama, jumlah gaji dan upah dibayar meningkat sebanyak 5.4 peratus setiap tahun, berjumlah RM354.9 bilion pada 2022.

Peningkatan tertinggi direkodkan oleh sektor perkhidmatan pada 6.5 peratus kepada RM204.4 bilion; diikuti dengan sektor pembuatan yang meningkat sebanyak 5.8 peratus kepada RM97.2 bilion.

Oleh itu, purata gaji dan upah bagi keseluruhan sektor adalah RM3,332 pada 2022, berbanding RM2,584 pada 2015.

Baca juga: Harga Rumah Semasa Ikut Jenis 7 Kediaman Ini, Mana Satu Idaman Anda?

Sumber: Berita Harian

FT Image: lifeforstock / TheMalaysianReserve

The post Data Terkini Purata Gaji Di Malaysia, Kuala Lumpur Paling Tinggi & Kelantan Terendah! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!