Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Piala Dunia: Skuad negara mula selesa di Rourkela

ROURKELA – Pengurus skuad hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi berpuas hati dengan kemudahan di Perkampungan Kompleks Sukan disediakan India selaku tuan rumah Piala Du­nia Hoki 2023 yang menjadi ‘hotel’ penginapan mereka setakat seminggu berada di Rourkela.

Lokasinya juga begitu ideal kerana ia cuma mengambil masa kurang lima minit menaiki bas khas disediakan penganjur ke Stadium Hoki Birsa Munda yang merupakan tempat latihan rasmi dan venue utama kejohanan.

Legenda hoki kebangsaan itu turut memuji aspek pengangkutan dan faktor kebersihan dari segi penyediaan makanan kepada barisan pemainnya sepanjang seminggu mereka menginap di sana.

Bagi Mirnawan, fasiliti yang diberikan sudah memadai bukan sahaja buat mereka, tetapi pasukan-pasukan lain daripada Kumpulan C dan D yang turut menginap di situ seperti India, England, Wales, Belanda, New Zealand dan Sepanyol.

“Jangan kita bandingkan Rour­kela dengan Bhubaneswar. Memanglah jauh berbeza kerana Bhubaneswar adalah ibu negeri kepada Odisha.

“Keseluruhannya, ia satu tempat yang agak bagus. Pemain boleh relaks, lakukan aktiviti secara berpasukan dan fokus sepenuhnya kepada Piala Dunia tanpa gangguan lain.

“Tiada pemain yang cedera atau mengalami masalah kesihatan umpamanya keracunan makanan. Makanan pun sedap,” katanya.

Malah, ketua jurulatih skuad negara, A. Arul Selvaraj turut bersetuju dengan Mirnawan apabila menyifatkan roti nan mentega sebagai sajian paling dinanti-nantikan oleh semua pasukan yang menginap di situ.

Ia pastinya satu pengalaman berbeza buat semua pasukan lebih-lebih lagi England yang dikatakan telah menempah restoran khas di Bhubaneswar dengan membawa cef sendiri kerana tidak mahu para pemainnya diserang masalah kesihatan seperti dialami sewaktu edisi 2018 di bandar berkenaan.

The post Piala Dunia: Skuad negara mula selesa di Rourkela appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!