Air Bandung Soda Dengan 3 Bahan, Resipi Paling Senang Nak Buat Dekat Rumah!

Imej
https://ift.tt/vx8c64U Apabila tekak betul-betul rasa dahaga, pasti seronok jika dapat minum air yang menyegarkan di rumah. Oleh itu, kami nak kongsikan resipi Air Bandung Soda yang cukup nikmat. Kita sering lihat air sirap bandung yang dijual oleh peniaga di luar kerana kesedapannya tak dinafikan lagi. Tambahan pula, ia merupakan pilihan tepat untuk menghilangkan dahaga. Khabbab Jamalludin telah kongsikan di Facebook tentang cara buat Air Bandung Soda yang sangat menarik kerana menggunakan 3 bahan mudah. Jom kita cuba! Baca juga: Sirap Hijau Fanta Paling Asli, Ramai ‘Repeat’ Air Klasik Ini Sebab Segar Teramat! RESIPI AIR BANDUNG SODA Bahan bahan: Air bandung jenama F&N berkarbonat (boleh guna jenama lain yang disukai) Susu cair jenama Ideal (jika tiada, guna krimer cair seperti Carnation atau F&N pun boleh) Ais (jika sudah sejuk pun, tambah saja ais supaya rasanya jadi kurang manis) Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, isikan ais separuh daripada jumlah bekas yang ...

Bank gergasi Switzerland tumbang

BERN – Syarikat gergasi perbankan Switzerland, UBS bersetuju mengambil alih pesaingnya, Credit Suisse pada harga AS$3.25 bilion (RM14.54 bilion) selepas sesi rundingan yang diadakan kelmarin bagi mencegah bank bermasalah itu daripada mencetuskan krisis perbankan antarabangsa.

Rundingan yang menyaksikan bank terbesar Switzerland mengambil alih bank kedua terbesar itu adalah penting bagi mengelakkan kegawatan ekonomi yang tidak dapat dipulihkan daripada merebak ke seluruh negara dan ke peringkat global, kata kerajaan Switzerland.

Langkah tersebut dialu-alukan oleh Washington, Frankfurt dan London serta dianggap sebagai tindakan sokongan utama selepas seminggu sektor kewangan bergelut ekoran penutupan dua bank utama di Amerika Syarikat (AS).

Selepas sesi rundingan berlangsung di Kementerian Kewangan Switzerland, Bern pengambilalihan tersebut terus diumumkan dalam satu sidang akhbar.

Presiden Switzerland, Alain Berset turut hadir dalam majlis tersebut dengan diiringi Pengerusi UBS, Colm Kelleher dan rakan sejawatnya dari Credit Suisse, Axel Lehmann bersama-sama menteri kewangan dan ketua-ketua Bank Pusat Switzerland termasuk pengawai selia kewangan negara itu, FINMA.

Menurut Berset, pengambilalihan itu merupakan penyelesaian terbaik bagi memulihkan semula keyakinan terhadap pasaran kewangan yang lemah baru-baru ini.

“Jika Credit Suisse terus mencatatkan kerugian mendadak, ia akan mencetuskan kesan buruk terhadap negara dan kestabilan sektor kewangan antarabangsa,” katanya.

Selepas mencatatkan kerugian teruk pada sesi dagangan minggu lepas, saham Credit Suisse ditutup Jumaat lalu pada harga AS$2.00 (RM8.90), dengan bank tersebut kini bernilai hanya lebih AS$8.7 bilion (RM38.9 bilion).

Menurut UBS, pemegang saham Credit Suisse akan dibayar sebanyak AS$0.82 (RM3.67) sesaham.

Sementara itu, Menteri Kewangan Switzerland, Karin Keller-Sutter berkata, kebankrapan Credit Suisse boleh menyebabkan kegawatan ekonomi yang sukar dipulihkan serta kemusnahan besar-besaran pasaran kewangan negara itu serta risiko penularan ke bank-bank lain termasuk UBS.

“Pengambilalihan ini adalah asas kepada kestabilan yang lebih baik untuk Switzerland dan pasaran global,” katanya sambil menambah, permeteraian itu merupakan penyelesaian komersial dan bukannya satu tindakan menyelamat.

Pengambilalihan Credit Suisse oleh UBS akan mewujudkan sebuah institusi perbankan gergasi yang belum pernah berlaku di Switzerland sebelum ini.

Namun dalam masa sama, ia mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya pemberhentian pekerja.

“Kami komited untuk menjadikan permeteraian ini sebagai suatu kejayaan. UBS akan kekal kukuh,” kata Kelleher.

Sama seperti UBS, Credit Suisse merupakan satu daripada 30 bank seluruh dunia yang dianggap sebagai Bank Penting secara Sistemik Global. Ia amat penting untuk sistem perbankan antarabangsa sehingga dianggap ‘terlalu besar untuk gagal’.

Dalam pada itu, berikutan pengumuman tersebut, kebanyakan pasaran ekuiti Asia dibuka lemah pada sesi dagangan awal semalam dengan bursa saham di Hong Kond, Tokyo, Sydney, Seoul dan Singapura mencatatkan kerugian.

Pihak berkuasa monetari Hong Kong bagaimanapun cuba meredakan keyakinan pelabur dengan berkata bahawa pendedahan sektor perbankan tempatan ke atas Credit Suisse adalah tidak signifikan kerana aset bank tersebut hanya membentuk kurang 0.5 peratus daripada sektor perbankannya. – Agensi

 

The post Bank gergasi Switzerland tumbang appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!