Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Kongsi QR kod Wanita Panik Terima Pesanan RM280,530

Kongsi QR kod Wanita Panik Terima Pesanan RM280,530

Akibat memuat naik gambar hidangan dipesan dan kod respons pantas (QR) secara tidak sengaja di laman sosial, seorang wanita di China panik apabila menerima pesanan makanan berjumlah AS$60,000 (kira-kira RM280,530) di sebuah restoran hot pot (periuk makanan panas).

Portal NDTV melaporkan, wanita itu yang dikenali sebagai Wang mendakwa dicaj bagi makanan tidak dipesannya.

Walaupun wanita itu cuba membetulkan keadaan, restoran itu tidak dapat membatalkan pesanan hingga menerima jumlah pesanan dengan bil yang besar.

Baca: Pura-Pura Serangan Jantung Taktik Makan Free Bawa Padah

Menurut South China Morning Post (SCMP), Wang memadamkan hantarannya serta-merta, tetapi orang ramai terus membuat pesanan baharu di meja mereka.

Dia menganggap seseorang memuat turun gambar dan terus membuat pesanan menggunakan kod berkenaan.

Mengikut tangkap layar skrin pesanan yang dimuat naik oleh Wang kemudiannya dalam talian, orang ramai memesan 1,850 itik segar, 2,580 sotong, dan 9,990 bahagian pes udang, setiap satu berharga beberapa puluh yuan.

Restoran terbabit tidak membuat pesanan itu dan memindahkan Wang ke meja baharu serta mengabaikan semua pesanan yang dibuat melalui kod QR berkenaan.

Pihak pengurusan berkata, mereka tidak dapat mengesan orang yang memesan makanan itu mahupun menghalang orang ramai daripada terus berbuat demikian.

Wang menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan menggesa orang ramai berhati-hati dengan keselamatan maklumat mereka apabila berkongsi gambar makanan.

Dia juga menasihatkan orang ramai untuk mengaburkan atau menutup kod QR dalam gambar mereka untuk mengelakkan orang lain menggunakannya untuk memesan makanan tanpa kebenaran mereka.-hmetro

The post Kongsi QR kod Wanita Panik Terima Pesanan RM280,530 appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!