Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resipi Piza Truffle Wagyu, Gabungan 3 Rasa Yang Cukup Unik & Nampak Mewah!

https://ift.tt/tNhFLBQ

piza truffle wagyu

Piza truffle wagyu adalah hidangan yang menggabungkan rasa creamy, masam, manis, dan cheesy dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, rasa truffle yang mewah dan bahan berkualiti seperti wagyu serta keju premium, pizza ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Untuk pengetahuan pembaca, truffle merupakan kulat yang tumbuh di bawah tanah dan makanan termahal di dunia kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi serta mengambil masa yang panjang untuk tumbuh.

Jom kita cuba resipi ala T20 ini dengan buat sendiri di rumah!

Baca lagi: Jom Buat Donut Susu Minion Ni Pulak, Lembut & Gebu Macam Kapas!

RESIPI PIZA TRUFFLE WAGYU

Bahan-Bahan Doh Pizza:

  • Tepung Roti: 500g (boleh gunakan tepung pau jenama Blue Key).
  • Air Suam: 300ml.
  • Dry Yeast Instant: 2 sudu teh.
  • Madu: 2 sudu teh.
  • Minyak: 2 sudu teh.
  • Garam: 2 sudu teh.

Bahan Topping Pizza:

  • Minyak White Truffle.
  • Black Truffle Pate.
  • Mozzarella Cheese Block: 200g.
  • Campuran 3 Keju (topping pizza).
  • Truffle Aioli Cream (lihat resipi di bawah).
  • Wagyu Slice (boleh gantikan dengan hirisan ayam atau bahan lain mengikut cita rasa).

Cara Membuat Doh Pizza:

1.  Dalam mangkuk, satukan air suam, minyak, madu, dan dry yeast instant. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga yis berbuih.

2.  Masukkan tepung dan garam ke dalam campuran yis. Gaulkan sehingga membentuk doh.

3.  Sapu sedikit minyak dalam bekas bersih, masukkan doh, dan tutup dengan kain atau penutup. Rehatkan selama 30 minit.

4. Tarik dan lipat doh ke empat penjuru, kemudian rehatkan lagi selama 30 minit. Ulang proses ini sebanyak tiga kali (3 set).

5. Setelah selesai, bahagikan doh kepada tiga bahagian (atau dua untuk saiz pizza besar). Bentukkan doh menjadi bulat dan biarkan ia naik dua kali ganda saiz asal.

6.  Setelah doh siap, ia boleh digunakan untuk membuat pizza.

Penyediaan Pizza:

1. Set oven pada suhu 230°C selama 10 minit.

2.  Bentukkan doh pizza dan letakkan topping pilihan anda, termasuk minyak truffle, black truffle pate, wagyu, dan campuran keju.

3. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar pada suhu 230°C selama 15-17 minit atau sehingga masak.

4. Untuk mendapatkan aroma smokey dan truffle yang lebih menyerlah, gunakan fire gun selepas pizza dimasak.
Nota: Masa pembakaran bergantung pada jenis oven yang digunakan.

Resipi Truffle Aioli Pizza Sauce:

Bahan-Bahan:

  • Mayonis: 4 sudu besar.
  • Cream cheese: 2 sudu besar.
  • Bawang putih: 1 ulas (disagat).
  • Serbuk lada hitam: ½ sudu teh.
  • Garam: ½ sudu teh.
  • Minyak white truffle: 1 sudu besar.
  • Black truffle pate: 1 sudu besar.
  • Jus lemon: 1 sudu besar.

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati.

2. Panaskan di atas dapur seketika sehingga pekat.

3. Tutup api dan sedia digunakan.
Tip: Sos ini bukan sahaja sesuai untuk pizza, tetapi juga sebagai pencicah bersama kerepek kentang atau tortilla.

Sumber: Fienaz Shafie

Baca lagi: Telur Masak Tomato Tanpa Bawang, Resipi Pantas Ini Dapat Pikat Selera Keluarga!

The post Resipi Piza Truffle Wagyu, Gabungan 3 Rasa Yang Cukup Unik & Nampak Mewah! appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!