Resepi Daging Masak Hitam, Gaul Dengan Bawang Goreng Baru Sedap Menyengat!

Imej
https://ift.tt/2p1LYrZ Sebelum menyambut Hari Raya yang bakal tiba, kenalah cuba kemahiran memasak dahulu. Jadi untuk lauk berbuka hari ini, anda boleh masak resepi Daging Hitam yang sedap. Daging Masak Hitam terkenal dengan rasanya yang kaya dan sedikit pedas. Biasanya, ia dimasak menggunakan potongan daging yang empuk dan dimasak perlahan bersama rempah. Jaja Noriza telah kongsikan rahsia dalam resepi Daging Hitam di Facebook yang ternyata mendatangkan hasil sungguh lazat tak terhingga. Jom kita cuba! Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya RESEPI DAGING HITAM Bahan-bahan: 1kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) 1kg bawang goreng (lebih sedap bawang digoreng sendiri, guna bawang kecil lebih sedap) 1 senduk cili kisar (jika suka pedas , boleh lebihkan) Kicap pekat Kicap manis Air asam jawa Kicap masin Garam dan gula secukupnya Air Minyak masak (untuk menumis) Cara-cara memasak: 1. Mula-...

Sudah tiba musim berjaga malam

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai kira-kira dua minggu lagi dan Disember pula bulan yang paling dinanti-nantikan oleh kita semua. Ada yang memilih untuk bercuti pada bulan terakhir dalam kalendar ini berikutan cuti sekolah yang panjang.

Selain makan angin sama ada di dalam dan luar negara, balik kampung, ada juga yang mengadakan majlis-majlis kenduri dan biasanya kalendar bulan Disember memang padat dengan aktiviti.

Bagi penduduk Pantai Timur, hujung tahun menandakan bermulanya musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut bermula lebih awal iaitu pada awal November dan dijangka berterusan sehingga Mac tahun hadapan.

Dalam tempoh tersebut dijangka berlakunya hujan lebat berterusan seterusnya menyebabkan kejadian banjir bagi kawasan penempatan rendah dan berhampiran sungai.

Sekiranya hujan lebat berterusan serentak dengan air pasang besar, ia pastinya akan meningkatkan risiko kejadian bah.

Sekarang ini kejadian bencana alam seperti banjir tidak lagi cuma melanda negeri-negeri tertentu kerana Lembah Klang juga pernah tenggelam dan lumpuh akibat kejadian bah besar yang berlaku pada hujung tahun lalu.

Tiada siapa yang dapat meramalkan ibu negeri Selangor dilanda banjir buruk yang mengorbankan lebih daripada 10 nyawa.

Biasanya air naik sekejap sahaja dan surut selepas beberapa jam. Ramai yang menyangka begitu, tetapi hujan lebat berterusan menyebabkan Shah Alam tenggelam. Ramai yang terputus hubungan kerana jalan dinaiki air.

Kediaman tinggi juga belum tentu selamat kerana risiko kereta pula tenggelam. Namun hikmah di sebalik kejadian bah besar yang mengorbankan lebih 30 nyawa itu, penulis lihat orang ramai kini lebih peka dengan laporan cuaca dan amaran yang dikeluarkan pihak berkaitan.

Bukan sahaja amaran hujan, angin kenang dan ribut petir, malah amaran risiko tanah runtuh turut dikeluarkan pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun apa yang tidak sedap didengar sudah ada yang menuding jari meminta parti-parti tertentu turun padang membantu mangsa-mangsa banjir. Sekarang ini jika hujan berterusan beberapa jam sudah cukup membuatkan hati kita rasa tidak tenteram.

Bimbang kejadian bah besar yang berlaku di Selangor seperti di Shah Alam dan Hulu Langat pada Disember tahun lalu berulang (minta dijauhkan). Ada yang sudah mula tidak tidur lena musim sekarang.

Bukan kerana berjaga menonton pasukan pilihan pada perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 yang berlangsung setiap empat tahun sekali, tetapi berjaga-jaga jika rumah dinaiki air.

Bersama-samalah kita berdoa agar dijauhkan bencana buruk pada musim tengkujuh kali ini.

The post Sudah tiba musim berjaga malam appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!