Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

FAM mula teliti calon jurulatih futsal negara

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan menoleh ke belakang dalam usaha terus me­lakukan revolusi dan kini giliran sukan futsal pula bakal mendapat ‘sentuhan emas’ yang baharu.

Sebagai rekod, FAM begitu rancak dalam kembali mengharumkan nama mereka selepas merombak barisan kejurulatihan skuad bola sepak lelaki kebangsaan dan skuad wanita kebangsaan pada tahun lalu.

Skuad Harimau Malaya kini dibimbing oleh pengendali import dari Korea Selatan, Kim Pan-gon dan berjaya layak ke pusingan akhir secara automatik ke Piala Asia 2023 di Qatar.

Pasukan wanita kebangsaan pula dikendalikan oleh ketua jurulatih berpengalaman dari Jordan, Soleen Al-Zoubi yang bakal mengharungi saingan pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, barisan kejurulatihan futsal juga akan dirombak, tetapi pihaknya kini masih lagi meneliti senarai calon yang sesuai sebelum membuat keputusan rasmi.

“Bagi calon ketua jurulatih futsal memang dalam perancangan kita yang mana kita akan ambil pengendali dari luar negara.

“Namun, kita masih lagi dalam proses penilaian dengan tiga atau empat calon untuk ditemu duga sebelum memutuskan siapa bakal mengisi jawatan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Sebagai rekod, skuad futsal negara telah dibimbing oleh pengendali tempatan, Chiew Chun Yong sejak tahun 2016 bagi menggantikan posisi jurulatih import, Marcelo Serpa.

Namun, prestasi skuad futsal negara di bawah kendalian Chun Yong dikritik hebat apabila gagal menyumbangkan sebarang pingat pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam tahun lepas.

The post FAM mula teliti calon jurulatih futsal negara appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!