Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Cara Buat SCRUB Badan Semula Jadi Guna Beras Disangai Je, Hebatnya Petua Lama!

Semalam, penulis telah kongsikan cara rambut cepat panjang dan bersinar dengan menggunakan air tapaian beras. Jadi kali ini, adalah kesinambungan artikel tersebut tentang cara buat scrub badan menggunakan beras yang telah direndam bagi mengelakkan pembaziran.

Menurut Puan Suzy Honey, scrub badan ini dipercayai mampu membantu kulit membuang sel-sel mati di keseluruhan tubuh. Malah, ia paling mujarab untuk masalah ketiak yang gelap. Berbekalkan sumber bahan semula jadi, srub badan ini mampu menjimatkan wang anda, sekali gus kulit badan menjadi licin, lembut dan cerah.

Baca juga: Rupanya Air Tapai Beras Buat RAMBUT Cepat Panjang & Bersinar, Amalan Nenek Moyang!

CARA BUAT SRCUB BADAN

cara buat srcub badan

Ini petua dapatkan kulit licin, lembut dan cerah. Lagi best ceritanya, bahan pun air beras yang akak buat semalam. Oh ya, semalam akak dah kongsi petua untuk cantikkan rambut menggunakan air beras. Sampai viral kau! Syukurr! 

Dari posting ini, ada follower tanya apakah yang boleh dibuat dengan beras yang direndam tersebut. Takkan nak buang gitu saja. Sayang lah, membazir saja! Mestilah ada kegunaan beras tersebut.

CARA BUAT SCRUB BADAN GUNA BERAS DISANGAI

Bahan diperlukan:

cara buat srcub badan

  • 5 sudu serbuk beras (telah sangai & kisar)
  • 2 sudu besar susu tepung/susu powder
  • Sedikit air lemon

Baca juga: Siapa Sangka Minyak Lemak Ayam Bantu Kurang Rasa Perit Melecur! Ini Petua Orang Dulu

Caranya seperti di bawah:

cara buat srcub badan

Gambar: Goreng beras tanpa minyak sehingga warna keperangan dan kemudian kisarkannya hingga jadi serbuk halus.

  1. Setelah kita gunakan air rendamannya, kita tapiskan beras tersebut dan tunggu hingga agak kering.
  2. Ambil beras tadi kemudian sangaikan. Iaitu goreng tanpa minyak sehingga beras tersebut kelihatan keperangan.
  3. Selepas beras di sangai sudah mulai sejuk, terus blender sehingga menjadi serbuk.
  4. Ambil 2 sudu besar susu tepung/susu powder ( tidak kisah apa brand pun) campurkan bersama 5 sudu serbuk beras tadi.
  5. Campurkan sedikit air bagi sebatikan campuran beras dan susu tadi kemudian di perahkan sedikit lemon.

Boleh digunakan sebagai scrub keseluruh badan. Paling mujarab ia sesuai untuk masalah ketiak yang gelap.

Setelah di sapukan scrub tersebut pada bahagian yang diinginkan, gosok dan biarkan seketika. Setelah itu barulah basuh.

Bila dah siap itu, korang akan rasa betapa lembutnya hasil dari scrub beras tadi. Petua ini sebenarnya membantu kulit membuang sel-sel mati.

Seronok,kan? Mesti nak ulang-ulang buat lepas ini. Hehe!

SuzyHoney, hebatnya petua lama.

Baca juga: Tak Selesa Tekak Bila Kahak Hijau, Cuba 10 Petua Ini, Memang Menjadi!

Sumber: Suzy Honey

FT Image: Suzy Honey / Lionesse

The post Cara Buat SCRUB Badan Semula Jadi Guna Beras Disangai Je, Hebatnya Petua Lama! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!