Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Lelaki Mendaki 5 Gunung Hanya 5 Hari

Lelaki Mendaki 5 Gunung Hanya 5 Hari

Seorang lelaki di China berjaya mendaki lima gunung terkenal di China dalam hanya tempoh lima hari saja.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Zhang itu menghabiskan masa kira-kira sebulan merancang perjalanannya dan menggunakan rangkaian pengangkutan awam.

Zhang berkata, perjalanan lima hari itu menelan belanja sebanyak 4,000 yuan (kira-kira RM2,564.40).

Baca: Bakal Bina Balai Bomba Tertinggi Di Dunia Di Gunung Kinabalu

Katanya, lima gunung itu ialah Taishan di Shandong; Huashan, Shaanxi; Hengshan, Hunan; Songshan, Henan dan Gunung Heng di Shanxi.

“Lima puncak itu adalah yang paling terkenal di China, jadi saya memutuskan untuk melihat lima ini dahulu.

“Saya menyemak jadual kereta api dan mengetahui sistem pengangkutan China sebenarnya agak baik dan ini mungkin peluang baik untuk menyelesaikan misi ini dalam tempoh dirancang,” katanya.

Zhang yang bekerja di Chengdu berkata, dia meninggalkan bandar itu pada 28 April sebelum bermulanya cuti Hari Pekerja sebelum menamatkan misi pada 3 Mei lalu.

“Setiap perjalanan tergesa-gesa sehingga saya mengambil tiket dari Changsha ke Zhengzhou hanya pada hari berlepas.

“Saya juga berlatih keras untuk kekal cergas dan menggunakan pengalaman mendaki dan maraton sebelum ini.

“Kecekalan dan ketabahan juga antara kunci kejayaan saya dalam misi ini,” katanya.-hmetro

The post Lelaki Mendaki 5 Gunung Hanya 5 Hari appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!