Stroller Jatuh Atas Landasan Kereta Api, Bayi & Bapa Disahkan Maut
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki maut selepas kereta sorong bayi terjatuh ke atas landasan di stesen kereta api. Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian ini kira-kira jam 12.12 tengah hari (Ahad) waktu tempatan.
Sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku, ibu bapa kanak-kanak tersebut keluar dari lif di stesen kereta api dan melepaskan tangan sekejap daripada memegang kereta sorong bayi tersebut.
Baca juga: Gara-Gara Percaya Teman Wanita, Wang Simpanan KWSP Duda Lesap Semuanya!
KERETA SORONG BAYI JATUH ATAS LANDASAN KERETA API, DUA MAUT
Namun, tidak pasti sama ada pergerakan kereta sorong itu disebabkan oleh angin kerana ia bergerak laju ke arah laluan kereta api.
Ketika kejadian berlaku, kereta sorong bayi tersebut dinaiki dua kanak-kanak kembar sebelum salah seorangnya terbunuh akibat dilanggar kereta api, bersama bapanya yang cuba menyelamatkan mangsa.
Seorang lagi kanak-kanak kembar terbabit bernasib baik kerana terjatuh di antara rel menyebabkan dia terselamat daripada dilanggar kereta api ketika ia melintasi platform.
Tindakan si ayah menyelamatkan anak kembarnya sangat berani walaupun meragut nyawa dan membahayakan. Pihak berkuasa menerima laporan berkaitan kejadian insiden sebuah kereta tolak bayi membawa dua kanak-kanak terjatuh dari platform ke landasan.
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang wanita berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.
Menurut keterangan polis, tiada unsur jenayah berhubung insiden itu buat masa ini.
*Kejadian ini berlaku di bahagian Selatan Sydney. Ibu bapa dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila menggunakan kereta sorong bayi di kawasan sesak.
Baca juga: Ibu Kecewa Tangan Anak Dibalut Ketat Sehingga Keluar Air Bisa, Luluh Hati Tengok!
Sumber: BH Online
The post Stroller Jatuh Atas Landasan Kereta Api, Bayi & Bapa Disahkan Maut first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan