Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Resepi Churros Bulat-Bulat Comel, Cicah Sos Coklat Pekat Homemade!

Biasanya, churros akan dijual bentuk jejari panjang namun tidak salah jika ingin edikit kelainan seperti dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Shima Bakar. Jelasnya, resepi churros kali ini adalah bebola comel dan ia lebih rangup berbanding biasa.

Lebih nikmat lagi jika dimakan bersama sos coklat yang pekat dan likat. Anda boleh cuba membuat sendiri di rumah seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Udang Rice Paper Terlajak Viral, Sekali Cuba Pasti Teringat!

RESEPI CHURROS BULAT-BULAT COMEL, SEDAPNYA

RESEPI CHURROS

Bahan-bahan:

  • 200g tepung gandum
  • 400g air
  • 35g butter Anchor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Dalam kuali, satukan air, butter, garam dan gula. Masak hingga mendidih.

2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.

3. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan kacau hingga sebati.

4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.

5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh. Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup.

6. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga di dalam.

7. Guna api sederhana, biarkan sehingga  minyak panas. Kemudian, paipkan adunan sepanjang 1 inci dan potong dengan gunting.

8. Buat sampai penuh kuali. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip supaya churros tidak terlalu masak di bahagian luar. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.

9. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan dan angkat.

Bahan sos coklat likat:

  • 300g susu cair
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 80g milk choc Beryls (dark pun boleh)

Cara penyediaan sos coklat:

– Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat)

– Nyalakan api. Guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup.

– Masukkan coklat, kacau hingga coklat cair dan sebati. Padam api. Sejukkan.

Churros bulat comel sedia untuk dihidangkan bersama coklat likat dan pekat.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Puding Coklat Batik Berlemak, Nampak Sama Tapi Beza Cara Buat!

Sumber: Facebook Shima Bakar 

The post Resepi Churros Bulat-Bulat Comel, Cicah Sos Coklat Pekat Homemade! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!