Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Makan Di Restoran Angkasa RM2.368 Juta

Makan Di Restoran Angkasa RM2.368 Juta

Pencinta makanan berpoket tebal berpeluang menikmati sajian mewah termahal dalam suasana tenang yang mungkin tidak terjangkau dek akal.

Dengan bayaran hampir AS$500,000 (RM2.368 juta), mereka boleh menikmati hidangan disediakan chef restoran terkenal di angkasa lepas.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, SpaceVIP iaitu syarikat pengembaraan angkasa lepas dari New York bekerjasama dengan chef Rasmus Munk daripada Restoran Alchemist di Copenhagen, Denmark yang bertaraf dua bintang Michelin untuk mencipta pengalaman makan di luar Bumi.

Pengasas SpaceVIP, Roman Chiporukha berkata, belon berteknologi tinggi membawa tetamu itu dijangka memulakan perjalanan pada 2025, dengan pihaknya menggaji Rasmus selama enam jam untuk menghasilkan menu mewah buat enam tetamu.

Baca: Oleg Manusia Paling Lama Di Angkasa Lepas

Tetamu akan dibawa hingga ke ketinggian 100,000 kaki (30 kilometer) dari paras laut dan makan sambil menikmati keindahan matahari terbit dan boleh juga menggunakan Wi-fi untuk berkongsi detik itu secara langsung dengan rakan atau keluarga di rumah.

Menu hidangan mewah masih belum dimuktamadkan chef berusia 32 tahun itu tetapi difahamkan beliau mahu menghasilkan hidangan yang inovatif seperti perjalanan itu sendiri.

Rasmus berkhidmat di Restoran Alchemist yang menduduki tempat kelima dalam panduan 50 Restoran Terbaik Dunia untuk 2023.

Kapal angkasa SpaceVIP yang dibina oleh Space Perspective tidak memerlukan latihan atau peralatan khas, menurut satu kenyataan tetapi kapsul bertekanan itu akan dinaikkan belon angkasa menggunakan teknologi yang dibangunkan NASA.

Mengesahkan ia bukan roket, ujian penerbangan bagi perjalanan itu akan bermula pada April.

SpaceVIP bukanlah syarikat pertama yang menawarkan peluang untuk makan di angkasa lepas.

Pada 2023, Zephalto dari Perancis mengumumkan peluang untuk makan dalam belon angkasa di pinggir stratosfera pada harga bermula AS$132,000 (kira-kira RM625,257) dijangka bermula tahun depan.-hmetro

The post Makan Di Restoran Angkasa RM2.368 Juta appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!