Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Resepi Bendi Tumis Kering Macam Dekat Restoran, Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

Kalau pergi makan di Chicken Rice Shop, mesti kena order bendi sambal. Rasanya memang sedap dan tak sama seperti yang dijual di kedai lain. Nak lagi puas hati, boleh cuba resepi bendi tumis kering ini seperti perkongsian Zurila Ghani.

Senang sahaja penyediaanya dan boleh buat banyak-banyak untuk dihidangkan kepada keluarga. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Talam Cendol Berlemak, Jangan SKIP Satu Bahan Rahsia Ini. Baru Menjadi!

RESEPI BENDI TUMIS KERING ALA-ALA DEKAT RESTORAN, SEDAPNYA!

Mudah dan sedap. Masak sendiri sahaja di rumah.

RESEPI BENDI TUMIS

Bahan-bahan:

  • Bawang putih – 8 biji
  • Udang kering secukupnya
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Chili flakes
  • Bendi

Cara penyediaan:

1. Celur bendi dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang dicincang kasar sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan udang kering yang sudah direndam dan ditumbuk terlebih dahulu. Tumis sehingga keperangan.

4. Masukkan pula sos tiram, sos ikan dan cili flakes secukupnya. Ikut kuantiti bendi yang dicelur.

Sedia untuk dihidangkan. Menu paling mudah untuk disediakan tapi memang sedap!

Selamat mencuba.

Baca juga: Cara Buat Bubur Asyura Macam Orang Utara, Manis & Berlemak. Memang Lain Daripada Lain!

Sumber: Facebook Zurila Ghani

The post Resepi Bendi Tumis Kering Macam Dekat Restoran, Buat Sendiri Lagi Puas Hati! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!