Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Gadis berkorban jaga ibu sakit, kakak OKU

JOHOR BAHRU – Anak bongsu daripada tiga beradik terpaksa memikul tanggungjawab besar bagi menyara ibunya yang terlantar sakit dan pada masa sama menjaga kakaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Kehidupan penuh berliku itu dilalui Nur Jalilah Balqish Ahmad Taufik, 22, yang tabah menjaga ibunya, Jamaliah Mohamad, 55.

Menurut Nur Jalilah, ibunya tidak boleh bergerak dan memerlukan bantuan setiap masa untuk makan dan membersihkan diri.

Katanya, kesihatan ibunya semakin merosot sejak tahun lalu sebelum terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak selepas bapa tirinya meninggal dunia akibat Covid-19.

“Kini, ibu hanya terlantar dan tidak lagi boleh menguruskan dirinya sendiri. Ibu perlu memakai lampin setiap masa.

“Ketika ibu dimasukkan ke hospital bulan lalu, doktor sahkan ibu tidak lagi boleh makan seperti biasa dan hanya boleh minum susu formula khas menggunakan tiub,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Vista Seri Alam di sini baru-baru ini.

Nur Jalilah Balqish berkata, kos yang diperlukan ibunya dalam se­bulan untuk lampin dewasa serta susu formula adalah sebanyak RM700.

Ujarnya, dia juga perlu menjaga kakaknya, Fatin Nurafiqah, 27, seorang OKU sejak kecil yang menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500.

Katanya, keadaan kakaknya tidak ubah seperti ibunya yang perlu diuruskan kehidupan seharian selain perlu memakai lampin.

“Oleh sebab itu, saya tak boleh bekerja sepenuh masa seperti orang lain bagi mendapat gaji yang lebih baik kerana perlu ba­hagikan masa untuk menjaga ibu serta kakak.

“Jadi, saya hanya bekerja sebagai tukang masak di rumah jiran. Sebelah petang pula, saya buat kerja sambilan menjual makanan dan hantar di kedai kawan atau menjadi penghantar.

“Keadaan lebih susah apabila abang sulung yang bekerja di Singapura patah kaki kiri ketika di tempat kerja,” katanya yang memperoleh pendapatan bulanan RM1,600 sebulan.

Tambahnya, dia menyimpan hasrat untuk melihat adik tirinya, Muhammad Noor Aqmal Hadif Hasnol, 14, kembali bersekolah.

“Adik saya tidak bersekolah sejak pandemik Covid-19 ber­akhir. Sebelum ini, ibu yang me­nguruskan urusan persekolahan dia, kini saya yang terpaksa ambil alih,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 01087020451031 atas nama Jamaliah Mohamad atau meng­hubungi Nur Jalilah Balqish di talian 011-6207 0592.

The post Gadis berkorban jaga ibu sakit, kakak OKU appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!