Tunjuk Jari Dan Tebus 12 Promosi Makanan Ini Sempena PRN 2023 (12 Ogos), Jom!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Nampaknya rakyat Malaysia yang tinggal atau berasal dari 6 negeri ini iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan melaksanakan tanggungjawab sempena PRN Negeri atau Pilihan Raya Negeri 2023 pada 12 Ogos ini.
Demi menambahkan lagi semangat untuk orang ramai keluar mengundi, banyak rangkaian restoran yang menjalankan promosi ‘panas’ sempena PRN kali ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk keluar dan tebus promosi murah-murah ini bersama keluarga dan rakan-rakan!
Baca juga: Cara Buat Golden Ball Ala Sushi King, Lagi JIMAT Lagi Puas!
12 PROMOSI MAKANAN DAN MINUM SEMPENA PRN NEGERI (PILIHAN RAYA NEGERI 2023)
1.Starbucks
Promosi harga 50% untuk air kedua dengan pembelian air pertama. Pada 12 Ogos, sepanjang hari.
2.Tealive
Promosi PRN 6 negeri dengan 6 pilihan minuman berharga RM 6.00! Dari 24 Julai hingga 13 Ogos.
3.A&W Malaysia
Promosi untuk pengundi atau bukan pengundi, A&W belanja semua Root Beer Regular dengan harga RM1! Pada 12 Ogos, sepanjang hari.
4.Texas Chicken
Beli satu percuma satu ‘Crunchy Jalapeno Wrap’ dari 11 hingga 14 Ogos.
5.CU Mart
Promosi aiskrim soft serve kedua, peach tea kedua dan grapefruit tea kedua dengan harga RM1! Dua Milo tin juga hanya berharga RM6 sahaja.
6.Burger King
Tunjuk jari berdakwat dan dapat percuma Coca Cola.
7.Boat Noodle
Promosi satu undian, satu mangkuk boat noodle percuma.
8.US Pizza
Promosi 50% untuk semua menu ala-carte, dine-in sahaja!
9. Dominos Pizza
Promosi beli satu Regular Pizza dan dapat harga RM1 sahaja untuk pizza Large.
10. Sushi King
Tunjuk jari berdakwat dan percuma Goma Lidako Trio dengan pembelian sushi yang lain. Promosi dari 12-13 Ogos.
11.Pizza Hut
Beli Regular Cola Pizza dan percuma satu pizza Large!
12.J.CO
Tunjuk jari berdakwat dan dapat percuma Americano untuk 100 pelanggan pertama.
*Hmm banyaknya promosi, nak mula yang mana dahulu ya?
Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!
Sumber: HalalFoodie.my
The post Tunjuk Jari Dan Tebus 12 Promosi Makanan Ini Sempena PRN 2023 (12 Ogos), Jom! first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan