Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Cara Buat Udang Rice Paper Terlajak Viral, Sekali Cuba Pasti Teringat!

Siapa pernah cuba resepi udang rice paper yang viral di media sosial? Katanya, juadah ini sangat sedap dan mudah untuk dilakukan di rumah.

Jika anda dah bosan minum petang cucur jagung atau cekodok, boleh cuba resepi udang rice paper seperti perkongsian di bawah. Barulah lain daripada lain!

Baca juga: Resepi Puding Coklat Batik Berlemak, Nampak Sama Tapi Beza Cara Buat!

RESEPI UDANG RICE PAPER, SEDAP MAKAN MACAM NI

UDANG RICE PAPER

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Cuci bersih udang dan buang kulit. Kemudian, hiris halus daun bawang, daun ketumbar serta cili.

2. Seterusnya, celupkan rice paper ke dalam air. Jangan terlalu lama hanya sekejap sahaja.

3. Angkat dan letakkan udang, sedikit telur, daun bawang, daun ketumbar dan cili.

4. Setelah itu, masukkan ke dalam periuk kukus. Pastikan sapu minyak agar tidak melekat.

5. Kukus selama 7 minit. Setelah siap, boleh campurkan dengan kuah kicap seperti di bawah.

Bahan kuah kicap:

  • Sos kicap manis 1 sudu besar
  • Sos kicap masin 1 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Minyak bijan 2 sudu besar
  • Daun ketumbar

– Campurkan semua bahan di atas dan tuang ke dalam udang rice paper yang sudah dikukus.

Nak lebih sedap, boleh buat sos tambahan menggunakan bahan di bawah:

  • Sos roasted sesame Kewpie
  • Chili oil
  • Daun ketumbar

Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan. Celup dengan sos ini memang lagi ‘kick’!

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Donut Blueberi Tak Perlu Goreng, Lebih Sedap Guna Cara Ini!

Sumber: Facebook Dapur Kita

The post Cara Buat Udang Rice Paper Terlajak Viral, Sekali Cuba Pasti Teringat! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!