Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Chef Kongsi Cara Goreng Ikan Bilis Rangup, Rupanya Kena Buat Macam Ni…

https://ift.tt/mLVqyvY

ikan bilis rangup

Menggoreng ikan bilis rangup ada petuanya! Salah satu rahsia yang berkesan adalah dengan menggoreng ikan bilis dua kali.

Hasilnya memang tidak mengecewakan, sangat rangup krup krap! Jika anda ingin menikmati ikan bilis yang rangup dan sedap, cubalah cara di bawah ini.

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Rangup Guna 3 Bahan, Sedap Sampai Sorok Tak Nak Kongsi!

CARA GORENG IKAN BILIS GARING

Petua goreng ikan bilis ini telah dikongsikan oleh seorang penggunakan laman sosial facebook bernama Reyna Zain. Berikut merupakan cara-caranya:

“Betul apa yang chef itu katakan. Ikan bilis perlu digoreng dua kali untuk mendapatkan tekstur yang garing krup, krup, krup! Tak percaya? Cubalah sendiri. InsyaAllah, jadi!”

Caranya:

  1. Basuh ikan bilis sebelum digoreng untuk kali pertama.
  2. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis seperti biasa. Angkat dan toskan minyaknya seperti biasa. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Untuk gorengan kali kedua, panaskan semula minyak yang sama. Setelah minyak benar-benar panas, masukkan semula ikan bilis yang telah digoreng kali pertama.
  4. Goreng sekejap sahaja (pada masa ini, anda boleh melihat struktur ikan bilis yang sudah mengembang). Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Setelah sejuk, simpan ikan bilis dalam bekas yang kedap udara.

Selamat mencuba!

Kredit: Reyna Zain

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

The post Chef Kongsi Cara Goreng Ikan Bilis Rangup, Rupanya Kena Buat Macam Ni… appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!