Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Maut Dilanggar Van Sekolah
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah van sekolah selepas dia turun dari kenderaan tersebut. Menurut laporan Kosmo Online, Kejadian ini berlaku di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Johor Bahru.
Baca juga: Prosedur & Dokumen Ambil Anak Angkat Di JKM, Proses Mudah Jika Lengkap Semuanya!
BUDAK 5 TAHUN MAUT DILANGGAR VAN SEKOLAH
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak menjelaskan, kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu van sekolah seorang perempuan warga tempatan berumur 50 tahun menurunkan mangsa bersama abangnya yang berusia enam tahun di hadapan rumah.
“Pemandu wanita itu mahu meneruskan perjalanan selepas melihat abang mangsa melepasi kenderaan itu melalui belakang van sekolah dan beranggapan mangsa turut mengikuti abangnya.
Semasa bergerak ke hadapan, pemandu van sekolah itu terlanggar mangsa yang melalui hadapan van sekolah tanpa disedari,” jelasnya.
Mohd. Sohaimi juga berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa cedera parah dan pemandu terlibat kemudian turun dari kenderaan berkenaan sebelum segera memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.
Ibu kanak-kanak tersebut membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Masai untuk menerima rawatan. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.
Polis membuat tangkapan terhadap pemandu van sekolah itu bagi siasatan lanjut dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca juga: Mak Ayah Tak Reda Anak Bahagia Dengan Isteri, Sanggup Hantar Sihir Pemisah
Sumber: Kosmo Online
The post Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Maut Dilanggar Van Sekolah first appeared on SirapLimau.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan