Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Petua Lembutkan Daging Korban Paling Mudah, Guna Daun Ini Sahaja!

Terdapat pelbagai petua lembutkan daging anda boleh cuba seperti memasukkan sudu besi ke dalam air rebusan. Sekiranya tips ini tidak menjadi, anda boleh cuba cara di bawah yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, anda hanya perlukan daun betik sahaja untuk melembutkan daging. Nak tahu macam mana? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Cuci Paru Dengan BETUL, Masuk Bahan Ini Ketika Rebus. Baru Tak Hanyir!

PETUA LEMBUTKAN DAGING, GUNA DAUN INI SAHAJA

PETUA LEMBUTKAN DAGING

Public Health Malaysia menjelaskan bahawa petua lembutkan daging menggunakan daun betik ada penjelasan saintifik yang menarik.

Daun betik sebenarnya mengandungi enzim papain, yang berfungsi sebagai pemecah protein kompleks dalam daging menjadi fragmen-fragmen kepada lebih kecil.

Seterusnya, papain juga boleh membantu daging lebih cepat empuk ketika dimasak. Selain kegunaan dalam masakan enzim papain ini digunakan secara meluas dalam perubatan sebagai ubat mengurangkan bengkak (papase).

Buat anda yang tidak tahu, papain di dalam daun betik juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dan menjadikan wajah lebih licin.

Jadi, cara penggunaanya adalah seperti di bawah:

– Hancurkan daun betik dan gosok pada permukaan daging.

– Bungkus daging menggunakan daun betik dan biarkan beberapa jam.

Daging pasti lebih empuk dan sedap.

Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat!

Baca juga: Resepi Daging Dendeng Paling Sedap, Rasanya Memang Padu!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

The post Petua Lembutkan Daging Korban Paling Mudah, Guna Daun Ini Sahaja! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!