Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!

Imej
https://ift.tt/MGl1Ad9 Selepas seharian berpuasa, anda mestilah nak makan hidangan yang lazat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menjamu selera dengan Ayam Masak Merah Madu ini. Ayam Masak Merah Madu sering menjadi pilihan menu jamuan terutamanya kenduri kahwin. Tak perlu tunggu dijemput, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini. Resipi Ayam Masak Merah Madu ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook yang hasilnya cukup membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba! Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin! RESIPI AYAM MASAK MERAH MADU Bahan-bahan: Ayam Garam Serbuk kunyit Minyak masak Rempah kasar 4 sekawan Serai Daun pandan Daun kari Sedikit lengkuas (tambahan, tiada pun tak mengapa) Sos cili Sos tomato (nak guna tomato puree pun boleh) Madu Serbuk perasa Air secukupnya Bahan kisar: Cili kering (direbus) Bawang besar Bawang putih Halia Bahan hiasan: Daun bawang Daun sup Bawang besar (...

Nak Anak Pandai & Sihat Ibu Ayah Boleh Bagi Si Kecil Makan Ketam

Apabila bergelar ibu bapa, pasti antara perkara yang diutamakan adalah makanan berkhasiat untuk anak. Ini kerana nutrisi yang mencukupi boleh membantu perkembangan si manja.

Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, ketam merupakan antara makanan paling sesuai dan mudah kerana mengandungi pelbagai kebaikan.

Baca juga: Si Kecil Malu Pakai Barang Murah? Parent, Ajar Anak Jangan Pilih Jenama, Boleh Bawa Masalah Mental!

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK ANAK MUDAH JE, BOLEH BAGI KETAM

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK ANAK

Ketam antara makanan untuk kuatkan otak anak kerana mengandungi omega 3 untuk pertumbuhan otak yang optimum. Ada kajian menyatakan bahawa, bila ambil makanan laut seperti ketam sekali seminggu, ia boleh mengurangkan risiko penyakit dementia dan alzhiemer iaitu pelupa. Menarik kan?

Ibu bapa dinasihatkan untuk memberi anak ketam seminggu sekali atau sebulan sekali apabila si kecil sudah berusia satu tahun ke atas.

Antara khasiat lain ketam untuk anak adalah:

1. Untuk kesihatan jantung.

2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.

3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.

4. Bagus untuk sistem imun kerana tinggi kandungan zink.

5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.

Semua ini, ada dalam real food ketam. Bukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar.

Bila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.

Sebenarnya bila sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak. Apa yang baik di perut, baik juga untuk otak dan hati.

Semoga bermanfaat dan sama-sama kita ubah!

Baca juga: Nak Bayi Cepat Bijak Seiring Usia, Ibu Boleh Rangsang Deria Si Comel Dengan Cara Ini

Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan

The post Nak Anak Pandai & Sihat, Ibu Ayah Boleh Bagi Si Kecil Makan Ketam first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!