Minum Air Misteri Dalam Botol 4 Nelayan Maut
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Minum Air Misteri Dalam Botol 4 Nelayan Maut
Empat nelayan Sri Lanka maut manakala dua lagi kritikal selepas meminum cecair yang tidak diketahui daripada botol yang mereka temui di lautan.
Nelayan itu dilaporkan sedang dalam perjalanan menangkap ikan apabila mereka mengambil botol itu di kira-kira 320 batu nautika dari Tangalle, sebuah bandar di pantai selatan pulau itu.
Tentera Laut Sri Lanka memberitahu pemberita, nelayan itu mabuk akibat terminum air daripada botol itu yang mengandungi alkohol.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan dan Sumber Akuatik Sri Lanka, Susantha Kahawatte berkata, tentera laut sedang cuba membawa mereka kembali ke pantai.
Katanya, tentera laut sedang memberikan rawatan perubatan kepada lelaki di atas kapal nelayan itu bernama Devon kerana bimbang tidak cukup masa merawatnya di hospital.
BBC Kahawatta dan Tentera Laut Sri Lanka untuk pengesahan.
Kahawatta memberitahu stesen berita nasional, Ada Derana, nelayan mengedarkan beberapa botol iditemui di lautan itu kepada nelayan lain yang beroperasi di kawasan itu.
Katanya, percubaan untuk memaklumkan nelayan lain sedang dibuat.
Tentera laut memberitahu media tempatan, bot mereka ditarik balik kapal lain ke pantai.
Ia dilaporkan berlepas dari Tangalle pada 4 Jun lalu.
Insiden itu dilaporkan mencetuskan protes di bandar pantai itu yang terletak kira-kira 193 kilometer dari ibu negara, Colombo menggesa mangsa yang masih hidup dihantar segera ke darat.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kandungan botol itu.-hmetro
The post Minum Air Misteri Dalam Botol 4 Nelayan Maut appeared first on BadusInfo.com.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan