Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

“Rasa Nak Hempuk Buku!”- Bapa Marah Subjek Matematik Sekolah Rendah Terlampau Susah

Setiap kali tibanya sesi penyerahan kad laporan prestasi anak-anak di sekolah, ibu bapa pasti akan merasai debarannya. Sudah pasti kebanyakan ibu bapa mengharapkan keputusan terbaik namun kecewa apabila melihat markah subjek matematik sekolah rendah ibarat tidak belajar apa-apa!

Markah ‘merah’ dan teruk khususnya dalam Matematik menyebabkan seorang bapa membuat luahan mengenai prestasi pelajaran anaknya di sekolah. Bila dibelek semula soalan-soalan peperiksaan, memang sangat berbeza dengan apa yang kita pelajari zaman dahulu…

Baca juga: Anak Bakal Masuk Darjah 1? Ini 11 Kemahiran Asas Mak Ayah Kena Latih Elak ‘Culture Shock’

SOALAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TERLAMPAU SUSAH, INI DAH LEVEL LAIN!

matematik sekolah rendah

Foto hiasan.

“Hari ini hari kad laporan sekolah anak saya. Dia masih menengah rendah. Saya tidak mengharapkan keputusan cemerlang melangit.

“Saya ingin dia menikmati proses pembelajaran di sekolah dan sentiasa memperbaiki keputusan dan sahsiah. Sementelah kecenderungannya juga adalah teknologi pertanian,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Menurut laporan mStar, ayah tersebut mendedahkan keputusan anaknya dalam mata pelajaran Matematik adalah sangat lemah, dia bagaimanapun lebih terkejut menyaksikan pencapaian anaknya dari segi kedudukan dalam kalangan pelajar setingkatan.

“Subjek matematik sangat-sangat lemah. Yang mengejutkan saya adalah dengan keputusan sebegitu dia mendapat nombor tujuh di dalam kelas dan nombor 11 di dalam tingkatan yang ada hampir 200 murid.

“Kegilaan apakah ini? Apakah keputusan matematik pelajar-pelajar lain? Jika keputusan anak saya sebagai tanda aras memang yang lain tidak dapat digambarkan,” ujarnya.

Dia mendakwa keadaan berlaku berpunca daripada tiada keperluan untuk melakukan kajian saintifik terhadap silibus dan sukatan pelajaran, ia tak memberi asas matematik kepada murid.

“Silibus ‘bodoh’ kononnya aras tinggi yang digubal oleh orang berkelulusan tinggi yang syok sendiri. Silibus Matematik sekolah menengah lagi susah dari Matematik zaman saya Matrik di USM (Universiti Sains Malaysia) tahun 1997. Kegilaan apakah ini?

Menurutnya, tahap subjek susah ini membunuh minat pelajar untuk memahami Matematik. Hal ini kerana asas tidak dipasak sewaktu sekolah rendah sebab mengejar aras tinggi KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang tidak tahu hala tuju dan outcome.

“Di sekolah menengah pelajar hilang tujuan belajar Matematik. Saya rasa amat marah, sangat marah. Bayangkan sampai saya sendiri rasa ingin hempuk buku Matematik”

Di ruangan komen, bapa terbabit meminta supaya pihak yang berkaitan dapat mengkaji semula tahap kesukaran sesuatu subjek mengikut kepada aras sekolah anak-anak dan tidak terlalu melampau. Malah, rata-rata wargamaya menyuarakan pandangan juga termasuk kebimbangan mereka sebagai ibu bapa terhadap prestasi pelajaran anak-anak mereka.

“Ya Allah ingatkan sekolah anak saya je. Keputusan Matematik dia 52 je tapi paling tinggi dalam kelas. Habis yang lain markah berapa? Tak tahu nak marah ke nak gembira.”- luahan netizen

KURIKULUM BAHARU HANYA AKAN DILAKSANAKAN TAHUN 2027

matematik sekolah rendah

mater Foto: Contoh soalan Matematik sekolah rendah. Susah!

Sementara itu, bekas guru Matematik yang juga pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh turut mengulas luahan bapa berkenaan bahawa hakikatnya, guru tidak boleh mengkritik silibus kerana ia adalah dasar KPM.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli, katanya, mengkritik dasar boleh dikenakan tindakan tatatertib, disekat kenaikan pangkat dan ditahan gaji serta dibuang daripada perkhidmatan. Menurut Cikgu Fadli, kurikulum baharu hanya akan dilaksanakan pada 2027, kira-kira tiga tahun dari sekarang.

Itu pun hanya bermula untuk murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu 2027. Makna kata, kalau anak kita di Tahun Dua atau Tahun Tiga pada 2027, mereka tetap akan ikuti kurikulum KSSR Semakan 2017 ini sampai akhir darjah enam.

Berjuta murid menjadi mangsa kerana keegoan pihak kayangan tidak mahu menerima teguran,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, pendidikan karakter, literasi asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta kelas pembelajaran bersepadu merupakan pendekatan baharu akan diperkenalkan KPM dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Beliau berkata, kurikulum baharu dibentuk untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan kompeten serta mencapai keseimbangan optimum dalam memberikan pendidikan berkualiti.

Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dimulakan dengan prasekolah pada 2026, manakala tahun satu dan tingkatan satu pada 2027.

*Semoga semuanya kekal tabah!

Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

Sumber: Berita Perak

The post “Rasa Nak Hempuk Buku!”- Bapa Marah Subjek Matematik Sekolah Rendah Terlampau Susah first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!