Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

Tabiat Kepit Pin Tudung Di Bibir Boleh Undang Maut, Risiko Tersekat Di Paru-Paru!

Anda sebagai seorang wanita terutama sekali yang bertudung, pasti akan menggunakan pin tudung tidak mengira apa jenis penggayaan. Tabiat yang biasa dilakukan adalah sebelum meletakkan pin di tudung, anda akan mengepitnya di bibir beberapa saat sebelum menyucuk di tudung bukan?

Wahai wanita, sedarlah bahawa tabiat ini adalah sangat BERBAHAYA! Terdapat banyak kes seperti yang dikongsikan oleh Doktor Samhan, apabila wanita tertelan pin tudung dan tersekat di saluran pernafasan. Seram!

Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..

TABIAT KEPIT PIN TUDUNG DI BIBIR BOLEH UNDANG MAUT

pin tudung

Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Namun, kes tertelan pin tudung juga sudah banyak kali terjadi. Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.

Pin tudung ini sama ada akan masuk ke salur makanan (esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru. Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.

Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut. Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.

Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan. Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:

1. Cucuk pin di lengan baju/atas tudung.
2. Pakai tudung instan.
3. Guna magnetic pin.
4. Guna pin kepit.
5. Elakkan buat urusan lain ketika melaram.

pin tudung

*Mungkin anda rasa perkara tertelan ini tidak mungkin berlaku kepada diri sendiri tapi kejadian ini adalah luar dugaan. Hati-hati!

Baca juga: 7 Anak Pelakon Bollywood Yang Dapat Jalan Pintas Ke Dunia Populariti, Digelar ‘Nepo Babies’

Sumber: X @DrSamhan

The post Tabiat Kepit Pin Tudung Di Bibir Boleh Undang Maut, Risiko Tersekat Di Paru-Paru! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!