Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Resipi Nasi Ayam Madu Lazat Menjilat Jari, Sedap Sampai 2 Hari Masak Menu Sama

https://ift.tt/2bmTGQH

resepi nasi ayam madu

Nasi ayam memang tidak asing dalam kalangan masyarakat kita. Tapi, kadang-kadang kita teringin nak cuba sesuatu yang baru. Jadi, apa kata cuba resepi nasi ayam bakar madu ini.

Dengar pun dah boleh agak sedap, kan? Bagi yang belum pernah rasa, memang wajib cuba resipi ini. Oleh itu, mari kita lihat apakah bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Paling Mudah, Sangat Semerbak Baunya!

RESEPI NASI AYAM MADU MUDAH, CEPAT DAN SEDAP

resepi nasi ayam madu

Bahan A (Untuk rebusan ayam):

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (cuci, buang kulit dan lemak)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air (agak-agak sesuai dengan kuantiti ayam), kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, serai dan halia.
  2. Setelah mendidih, masukkan ayam dan biarkan hingga ayam sedikit empuk.
  3. Toskan ayam dan asingkan. Jangan buang air rebusan ayam, simpan untuk digunakan kemudian.

Bahan B (Untuk nasi – sambil menunggu bahan A masak):

Bahan-bahan:

  • 2 ½ cawan beras
  • 2 ulas bawang merah (potong halus)
  • 3 ulas bawang putih (potong halus)
  • 1 inci halia (potong halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu butter/margerin
  • 1 kiub pati ayam
  • Lemak dan kulit ayam yang disimpan tadi
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam (jika perlu)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan butter/margerin dan masukkan kulit serta lemak ayam. Kacau hingga minyak lemak ayam keluar.
  2. Keluarkan lemak dan kulit ayam tersebut, kemudian tumis semua bahan B sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan beras yang telah dicuci, kiub ayam, sedikit serbuk kunyit dan kacau sebati.
  4. Tambahkan air rebusan ayam yang disimpan tadi. Kuantiti air seperti masak nasi biasa. (Jika ada lebihan air rebusan, jangan buang, simpan untuk kegunaan lain.)

Bahan C (Untuk perapan ayam & goreng):

resepi nasi ayam madu

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (tumbuk/ketuk hancur)
  • ½ inci halia (tumbuk/ketuk hancur)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • ½ sudu besar gula merah (yang telah dibancuh pekat)
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • Kicap manis secukupnya
  • Kicap pekat/masin secukupnya
  • Madu (guna hanya ketika hendak digoreng)

Cara perapan:

  1. Masukkan sedikit air dalam bawang putih dan halia yang telah diketuk hancur. Ramas bawang putih dan halia, kemudian tapis untuk ambil jus/airnya sahaja.
  2. Masukkan jus ini ke dalam ayam, diikuti dengan bahan-bahan C yang lain. Gaul rata dan perap selama 1 jam. Lagi lama diperap, lagi sedap.
  3. Jangan buang lebihan bahan perapan.

Cara goreng:

  1. Panaskan minyak yang dicampur sedikit butter/margerin.
  2. Goreng ayam dengan api perlahan atau sederhana. Sambil menggoreng, siramkan sedikit bahan perapan ke atas ayam untuk menambah rasa dan pekatkan tekstur perapan pada ayam.
  3. Apabila ayam hampir masak, siramkan madu di atas ayam (gunakan sudu untuk merenjiskan madu). Jangan siram terlalu banyak, cukup untuk memberi kilat dan kelembutan pada ayam.
  4. Setelah ayam masak dan teksturnya cantik (berkilat dan juicy), angkat dan hias di atas pinggan.

BAHAN D (Untuk Sos, Kicap & sup):

Bahan sos:

  • 5 biji cabai hidup (boleh tambah mengikut kepedasan masing-masing)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 biji air limau nipis (ikut keasidan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika perlu

Cara penyediaan sos:

  1. Kisar semua bahan bersama lebihan air rebusan A.
  2. Masak atas api sehingga masak dan sebati.

Bahan kicap:

  • Ambil lebihan bahan perapan ayam tadi, campurkan dengan air rebusan ayam (jika masih ada).
  • Masak atas api sekejap, kemudian tambahkan sedikit kicap pekat/masin dan kicap manis mengikut rasa.

Bahan sup:

  • Kaki/tengkok ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kiub pati ayam
  • Lada sulah
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara penyediaan sup:

  1. Jika ingin cepat, tidak perlu tumis. Rebus semua bahan sekali gus hingga ayam masak dan secukup rasa.
  2. Hidangkan sup dalam mangkuk dan taburkan daun sup serta bawang goreng di atasnya.

Sumber: Mizzmoon Moon

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai Paling Pantas, Mudahnya Masak Nasi & Ayam Sekali!

The post Resipi Nasi Ayam Madu Lazat Menjilat Jari, Sedap Sampai 2 Hari Masak Menu Sama appeared first on MyResipi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!