Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

Buat pencinta pokok-pokok bunga, melihat tanaman hidup mekar dengan indah setiap hari semestinya merupakan kepuasan. Mana tidaknya, setiap kali bersiar-siar di kawasan rumah pasti ramai yang menegur betapa cantiknya pokok-pokok bunga kembang hasil dari baja bunga DIY menggunakan resepi ‘rahsia’.

Kini, resepi baja tersebut tidak lagi menjadi rahsia kerana bahan-bahannya telah dikongsikan di bawah. Ternyata dengan menggunakan bahan-bahan ini, pokok anda akan berbunga dengan meriah seperti berada di taman bunga!

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

CARA NAK POKOK ‘MERIAH’, INI CARA BUAT BAJA BUNGA

baja bunga

Cara pun saya dapat dari kawan. Semoga yang memberi dirahmati Allah. Tengok pada gambar dah tau bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

-1 botol Yakult
-2 biji telur ayam
-Botol air mineral (500ml)

Cara-caranya: 

1.Peram dalam 3 hari (minimum), lagi lama lagi bagus.

2. Bila nak guna, goncang dahulu botol tersebut bagi sebati. Lepas itu tuang dalam baldi dan tambah 2 liter air.

3.Siram dekat batang pokok sahaja, ikut sukatan sendiri macam saya yang malas nak menyukat. Sambil-sambil  itu ajak la pokok-pokok itu berbual, sembang manja katanya akan lebih berbunga.

4.InsyaAllah hasil dalam 2 atau 3 minggu selepas siram baja Yakult tu. Kalau pokok tu degil sangat nak berbunga, InsyaAllah keluar lah putik-putik comel nanti.

*Selamat mencuba dan memeriahkan halaman rumah dengan tanaman yang indah!

Baca juga: Campur 2 Bahan Ini Untuk Halau Kucing Liar, Babi Hutan Masuk & Berak Di Kawasan Rumah

Sumber: Nurul Shima via Pertanian Satu Perniagaan

The post DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk! first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!