Cara Masak Mee Bandung Simple Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

Imej
https://ift.tt/46lLDaW Musim hujan pada waktu petang membuatkan ramai teringin berbuka puasa dengan hidangan berkuah yang hangat. Oleh itu, anda boleh cuba cara masak Mee Bandung yang simple ini. Mee Bandung adalah hidangan mee paling popular di Malaysia yang berasal dari Johor. Gandingan mee kuning bersama telur dan kuah pekat mampu membuat selera terangkat. Cara masak Mee Bandung ini dikongsikan oleh Halimatussaadiah Sidek di Facebook bersama rahsia kuah yang pekat dan sedap dihirup. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi! CARA MASAK MEE BANDUNG Bahan kisar: 2 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 10 tangkai lada kering (kurangkan jika tak nak pedas) 2 paket udang kering Bahan-bahan lain: ½kg mee kuning Segenggam kacang tanah (goreng dan tumbuk) 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air biar cair) Gula Garam Ajinomoto Daging Sotong Udang (ikut suka) Sawi Lobak merah Tauhu Daun sup Bawang g...

PRU15: Sabariah mahu perkasa wanita di Bera

BERA – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidin yang menjadi calon wanita pertama mewakili kerusi itu menjadi sandaran besar meneruskan agenda pemerkasaan wanita dalam Parlimen Bera.

Penduduk, Norhaslin Kiran, 41, berkata, dia berbangga kerana wanita dipilih seterusnya mem­bela nasib wanita terutama ibu tunggal dan suri rumah jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya bersyukur apabila BN mencalonkan wanita pada PRU15. Wanita lebih dekat de­ngan wanita, kita dapat meluahkan segala masalah berkaitan wanita, berbicara dari hati ke hati, rasa tidak rasa kekok.

“Jika beliau menang, saya percaya masalah ibu tunggal dan suri rumah di kawasan ini akan terus diberi perhatian selain meneruskan kecemerlangan BN di sini,” katanya pada Program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru, di sini semalam.

Menurutnya, sebagai anak tempatan, Sabariah seharusnya lebih memahami permasalahan rakyat dalam DUN Guai terutamanya melibatkan wanita.

Oleh itu, katanya, pengundi perlu memberi peluang kepada calon wanita itu agar dapat membantu memartabatkan wanita di kawasan pinggir bandar ini.

Sementara itu, Nor Naili Amni Luwi, 21, yang pertama kali mengundi pada PRU15 berasa teruja apabila DUN Guai diwakili calon wanita.

“Walaupun tak kenal secara dekat, namun saya memberi sepenuh kepercayaan nasib belia wanita akan terbela jika kemenangan menjadi milik BN.

“Beliawanis perlu sokongan pemimpin wanita untuk membawa kami ke depan. Bukan bermakna wakil rakyat lelaki tidak boleh, tetapi jika pemimpin wanita ada, kami akan lebih yakin.

“Saya harap calon dapat meluangkan masa dekati anak muda bukan hanya waktu berkempen, tetapi selepas PRU15,” katanya.

The post PRU15: Sabariah mahu perkasa wanita di Bera appeared first on Kosmo Digital.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!