Cara Buat Spageti Aglio Olio Ringkas, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Sedap!

Imej
https://ift.tt/w1x0jza Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini. Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan! Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan! RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO Bahan-bahan: 1 genggam spageti (rebus & toskan) 2 ulas bawang putih (cincang) Ayam bahagian dada (potong dadu) ½ sudu kecil cili flakes 1 sudu besar minyak zaitun Ayam bahagian dada (potong dadu) Serbuk perasa Serbuk keju parmesan (hiasan) Cara memasak: Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik. Untuk memberi rasa umami, tambahkan s...

Pengasuh Ditahan, Disyaki Dera Bayi Usia 2 Bulan Hingga Patah Kaki

Menyedihkan dan mengejutkan, kes dera bayi semakin meningkat bukan sahaja di luar negara malah di dalam Malaysia. Ramai masih tertanya-tanya bagaimana seseorang individu tersebut sanggup melakukan perbuatan kasar terhadap bayi yang masih lembut, suci dan tidak tahu apa-apa ini.

Terbaharu, seorang pengasuh ditahan reman atas dakwaan kes dan disyaki mendera seorang bayi perempuan berusia dua bulan sehingga patah kaki kiri di Bandar Dato Onn, Johor Bharu.

Baca juga: Bayi Usia 12 Bulan Ditemui Merangkak Tepi Lebuh Raya, Si Abang Sudah Dibunuh Ibu Sendiri

KES DERA BAYI SEHINGGA PATAH KAKI

kes dera

Foto dari Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh wanita berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Selasa sehingga Ahad. Pihak polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Sebelum itu, tular di media sosial perkongsian ibu bayi berkenaan yang menyedari ada yang tidak kena dengan anaknya selepas mengambilnya pada Sabtu lalu.

Apa yang didakwanya adalah ketika menukar lampin, bapa mangsa ternampak kesan bengkak pada paha kiri selain tingkah laku anaknya tidak aktif seperti biasa dan kurang minum susu. Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Bagaimanapun ketika ibu bapa bayi itu menghubungi pengasuh untuk bertanyakan mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, dia memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap bayi berkenaan.

Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 4.38 petang, Ahad lalu di Balai Polis Dato Onn.

kes dera

Foto hiasan.

*Diharapakan keputusan kes dapat diselesaikan dengan cepat dan pelaku mendapat balasan setimpal. Bayi usia 2 bulan, masih lembut tulangnya…

Baca juga: ‘Drama’ Suami Ambil Anak Balik Sekolah Buat Ramai Terhibur, Kongsi Tips Jadi Ayah ‘On Time’!

Sumber: Sinar Harian

The post Pengasuh Ditahan, Disyaki Dera Bayi Usia 2 Bulan Hingga Patah Kaki first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!