Puding Susu Kotak Dengan 3 Bahan Mudah, Nikmat Makan Sejuk-Sejuk!

Imej
https://ift.tt/WcisAaT Banyak resipi pencuci mulut yang sedap belaka sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Namun, resipi Puding Susu Kotak ini adalah paling mudah dibuat di rumah. Pencuci mulut ini pernah viral di media sosial disebabkan cara membuatnya sangat mudah serta tak memerlukan bahan yang banyak untuk dapat hasil yang menjadi. Julia ALeen Aireish telah kongsikan cara buat Puding Susu Kotak di Facebook dengan langkah demi langkah sampaikan pemula pun berjaya membuatnya. Jom kita cuba! Baca juga: Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata RESIPI PUDING SUSU KOTAK Bahan-bahan: 1 air kotak berperisa (200ml) – (ikut selera sendiri) ½ sudu teh serbuk agar-agar 2 sudu besar gula Cara-cara membuat: 1. Mula-mula, gunting bahagian atas air kotak yang nak digunakan dengan cantik. 2. Selepas itu, tuang ke dalam periuk . 3. Seterusnya, masukkan serbuk agar-agar dan gula. 4. Kemudian, masak sampai mendidih atas api sambil kacau lici...

Golongan ‘Miskin Tegar’ Boleh Beli Barang Runcit Sebanyak RM600 Hanya Dengan Tunjuk IC

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berada dalam kategori ‘Miskin Tegar’ dan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa), anda boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai sebanyak RM600!

Ini memudahkan rakyat yang tidak berkemampuan untuk masih hidup dengan mengambil makanan dan minuman yang sewajarnya di sebalik mengerah keringat siang dan malam.

Baca juga: Cara Mohon Skim Perubatan MADANI, Bantu Golongan B40 Kurangkan Kos Rawatan Kesihatan

SUMBANGAN ASAS RAHMAH, MISKIN TEGAR BOLEH BELI BARANG RM600

sumbangan asas rahmah

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata program ini dilaksanakan di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara yang terlibat. Antara premis terlibat ialah rangkaian Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), 99 Speedmart, Econsave, Lotus’s Malaysia dan Giant Hypermarket.

“Penerima SARa hanya perlu tunjuk IC (MyKad) ketika buat pembayaran di mana-mana pasar raya atau kedai runcit terlibat. Jika ada baki sumbangan dari bulan pertama (yang bermula hari ini), baki boleh carry forward (bawa ke hadapan) untuk guna pada bulan yang berikutnya,” katanya.

Ahmad berkata senarai penuh pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh didapati di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Terbaharu juga, kerajaan mengumumkan lebih 210,000 penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data e-Kasih akan menerima SARa berjumlah RM600 mulai hari ini, dalam bentuk tanpa tunai berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember ini.

APAKAH BANTUAN SARA INI?

sumbangan asas rahmah

Untuk pengetahuan anda, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.

Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600. Penerima yang layak* akan menerima SARa melalui 3 kaedah berikut:

-Penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

:Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2023

-Penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

: Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 31 Julai 2023

-Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan

:Bayaran sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada 7 Ogos 2023

*Jadi, manfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya!

Baca juga:10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!

Sumber: MalaysiaKini, Belanjawan 2023

The post Golongan ‘Miskin Tegar’ Boleh Beli Barang Runcit Sebanyak RM600 Hanya Dengan Tunjuk IC first appeared on SirapLimau.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!