Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!

Imej
https://ift.tt/MGl1Ad9 Selepas seharian berpuasa, anda mestilah nak makan hidangan yang lazat. Oleh itu, kami cadangkan anda untuk menjamu selera dengan Ayam Masak Merah Madu ini. Ayam Masak Merah Madu sering menjadi pilihan menu jamuan terutamanya kenduri kahwin. Tak perlu tunggu dijemput, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resipi ini. Resipi Ayam Masak Merah Madu ini dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook yang hasilnya cukup membuatkan selera terangkat. Jom kita cuba! Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin! RESIPI AYAM MASAK MERAH MADU Bahan-bahan: Ayam Garam Serbuk kunyit Minyak masak Rempah kasar 4 sekawan Serai Daun pandan Daun kari Sedikit lengkuas (tambahan, tiada pun tak mengapa) Sos cili Sos tomato (nak guna tomato puree pun boleh) Madu Serbuk perasa Air secukupnya Bahan kisar: Cili kering (direbus) Bawang besar Bawang putih Halia Bahan hiasan: Daun bawang Daun sup Bawang besar (...

Jam Tangan RM22.7 Juta Milik Maharaja Terakhir China Dilelong

Jam Tangan RM22.7 Juta Milik Maharaja Terakhir China Dilelong

Jam tangan Patek Philippe yang pernah dimiliki oleh maharaja terakhir China dijual pada harga lebih AS$5 juta (kira-kira RM22.7 juta) dalam satu acara lelongan di sini, Selasa lalu.

Jam tangan Ref 96 Quantieme Lune, yang mempunyai petunjuk fasa bulan, asalnya milik Aisin-Gioro Puyi, maharaja terakhir Dinasti Qing di China.

Kisah Puyi, yang menjadi maharaja pada usia dua tahun pada 1908 itu pernah diabadikan menerusi filem yang menang Anugerah Akademi, The Last Emperor, arahan Bernardo Bertolucci.

Baca: Bumi Berputar Laju 1.59 Saat Kurang Daripada 24 Jam Sehari

Lebih 20 tahun kemudian, Puyi dilantik sebagai pemimpin ‘boneka’ Manchuria yang diduduki Jepun.

Beliau ditangkap pada tahun 1945, selepas kejatuhan Jepun dan dibawa ke kem penjara Soviet.

Rumah lelongan British Phillips berkata, ia mempunyai dokumentasi yang menunjukkan Puyi membawa jam tangan itu bersamanya ke kem.

Pada awalnya, ia dijangka dijual pada harga mencecah AS$3 juta (kira-kira RM13.7 juta), namun selepas kira-kira lima minit bidaan, ia dijual pada harga HK$40 juta (kira-kira RM23 juta).

Ditambah yuran komisyen, jumlah harganya mencecah kira-kira AS$6.2 juta (kira-kira RM28.4 juta).

Ketua jam tangan Phillips di Asia, Thomas Perazzi berkata, dia teruja dengan jualan hebat ini kerana ia mencipta rekod.

Rekod itu termasuk hasil tertinggi daripada mana-mana jam tangan Patek Philippe 96 yang pernah dijual.

Ref 96 yang lebih ringkas berbanding barangan mewah biasa yang dijual di rumah lelong, adalah jam tangan komplikasi pertama dihasilkan secara bersiri oleh Patek Philippe dan menurut Perazzi, hanya ada tiga saja di dunia.

Berdasarkan memoir anak saudara Puyi, Aisin-Gioro Yuyuan, jam tangan itu adalah barangan peribadi maharaja dan ia diserahkan kepada jurubahasa Rusianya, Georgy Permyakov untuk disimpan apabila meninggalkan kem penjara.

Russell Working iaitu wartawan yang menemu bual Permyakov lebih 20 tahun lalu, memberitahu AFP bahawa jurubahasa warga emas itu tidak tahu nilai jam tangan itu apabila dia mengeluarkan aksesori itu dari lacinya.-hmetro

The post Jam Tangan RM22.7 Juta Milik Maharaja Terakhir China Dilelong appeared first on BadusInfo.com.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penangan tumpaskan layaran seberat 30kg

Resipi Popia Big Mac ‘Viral’ Yang Dicari Ramai, Buat Sendiri Confirm Puas Hati!

Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!